ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim
Latest Posts

Friday, January 14, 2011

TIDAK ADA YANG POSITIF DALAM PENGANGGURAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya, saya tau. rmai yg tgh cakap2 dlm hati, wah3.. lama dah si Aisyah Hanin ni tak post apa2 entry dia nih! Maaf semua.. Tanggungjawab saya dalam menyampaikan risalah Rasulullah s.a.w melalui penulisan nmpknya semakin meluntur..

Sahabat2 semua, jom tolong saya bersihkan sawang2 yg tebal kat sini nih! Lagi ramai yg tolong bersihkan, ramai yg singgah, makin berseri la ruangan ilmu kita ni. Betul tak?Hee.. Saya tak nak dah la cakap pasal lama xpost ke apa.. Just wanna share a post,

"Tidak semua cita2 itu kesampaian,
kerana arah hembusan angin bukanlah ditentukan oleh sampan"

Pengangguran adlh kekosongan yg akan mnyebabkan pelbagai keburukan, termasuklah kemalasan dan kelembapan. Jika bekerja merupakan satu kemestian dlm hidup, maka pengangguran adlh jln menuju kehancuran.

Hidup kita di dunia merupakan persiapan utk menuju hidup yg lebih besar. Justeru itu, orang2 yg menganggur lebih sesuai dikumpulkn dlm kelompok org2 yg merugi. Rasulullah s.a.w telahmengingatkan tntg mereka yg tidak lupa akn nikmat kesihatan dan nikmat wktu. Sabda baginda,

"Dua nikmat yg tidak digunakan dgn baik oleh manusia adlh:
KESIHATAN dan WAKTU LAPANG."

Ramai org mmpunyai tubuh yg sihat ttpi merasa gelisah krna tidak mempunyai matlamat hidup, tidak ada aktiviti yg dilakukan, tida ada tuntutan yg perlu diselesaikn dan tidak menggunakan umur untuk kebaikan.

Adakah manusia diciptakan untuk ini? Tentu saja TIDAK! Sebab Allah s.w.t berfirman:

"Apakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main- main dan bahwa kamu tidak akan dikembalikn kepada Kami? Maha Tinggi Allah Raja yg sebenarnya." (Surah Al- Mukminun:115)

Hidup ini dijadikan Allah dgn kebenaran. Oleh itu, manusia spatutnya mmpu berdialog secara knyataan yg dihadapinya dan perlu terbabit di dlmnya. Atau ia akan terperangkap di dlm
kpntingan nafsu yg sempit, shingga mnjadi hina dan tidak mempunyai cita2 dan harapan dlm hidupnya.

_ Dr. 'Aidh Abdullah Al- Warni_
read more...

Monday, August 9, 2010

~TERLALU LAMA~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Diri ingin berkongsi sedikit info yang saya rasa amat menarik buat pengetahuan umum, khususnya para wanita di luar sana.. Actually sorg sahabat yg tag saya kat FB brkongsi info, jadi saya pun ingin sebarkan sama..Penting jugak ni untuk org2 yang mau jaga kesihatan..

1. Terlalu lama. berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.

p/s: Ehee..kalau saya tu patut alert ngan terlalu lama no. 9..Al- maklumlah..cengeng sikit..hee..Wallahualam..

Sekadar membiarkan hari bersuara..
read more...

Sunday, August 1, 2010

P.E.R.G.I

Bismillahirrahmanirrahim...

"Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat meminta penundaan(nya)." - Al- Hijr:5

Panjang nafas ku lepaskan kala terbaca ayat agung ini di atas tikar sejadah. Menjadi kebiasaan, selepas membaca Quran, diri turut membaca terjemahannya. Allah s.w.t mengilhamkan diri utk membaca ayat tersebut, sebagai penenang dan juga peringatan buat diri yang sering lalai dan alpa.

Syukur Ya Allah.. surat cintaMu memberi ketenangan pada jiwa, agar meredhai pemergian seorang sahabat. Tekad pada diri, tidak akan menangisinya lagi. Cukup sekadar disematkan di dalam hati dan memori, setiap kenangan yang tercipta sepanjang kebersamaan kami.. Moga ku jadikan iktibar buat diri supaya menghargai masa muda ku..Siapa tahu, giliran diri selepas ini..

Teringat kata- kata sahabatku, Faiqa.."Hidup mesti diteruskan..". Ringkas diri membalas dengan senyuman kelat. Ayat yg ringkas dan kadangkala tidak punya makna bagi sesetengah orang, tapi ia terus menusuk ke dalam hati.. Bangkit Lyna! Kita punya banyak rencana di depan!! Innalaha ma'ana.. :-)

Buat NOR'AINI BINTI DOLLAH, terima kasih untuk semua keindahan, kebaikan, ilmu dan semua yang kau berikan dengan hatimu yang begitu tulus. Terima kasih juga atas peringatan buat diriku dan semua yang masih hidup. Moga ditempatkan bersama org2 yang saleh.. Hati tak bisa menipu, aku rindu padamu..

Sekadar membiarkan hati berbicara..
read more...

Friday, December 18, 2009

TERIMA PERINGATAN, JANGAN SUKA MENUDING KEMBALI


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”- Surah At- Taubah; ayat 71

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita ikuti dialog ringkas ini,
“Wan, ko ni kuat sangat berjudi. Tinggalkan benda haram tu. Nanti kelak ko jugak yang susah..”

“Eh, Zam! Ko tak pyh la sibuk2 nak nasihat aku.. ko tu pun apa kurangnya, solat 5 waktu pun ko tak jaga mana.. selalu jer tinggal cam aku .. baik ko jadi baik dulu, baru sibuk hal orang.. tegur dosa orang..!!”

Dialog sebegini selalu saja berlaku hari ni kan? Saya hairan, kenapa ada lagi orang yang tidak suka untuk dinasihati sebegitu. Bilamana ada seseorang yang ingin memperbetulkan kita, kita turut sama mencari kesalahan yang ada pada orang itu. Ini adalah pelaku untuk orang yang sombong!

Sedangkan, Allah s.w.t memerintahkan kita untuk saling ingat- mengingati dan tegur- menegur akan setiap kesilapan yang saudara semuslimnya lakukan. Berpeganglah dengan 1 prinsip, “Sahabat adalah cermin kepada sahabat yang lainnya.” Seharusnya kita selalu bersikap terbuka terhadap orang yang menegur atau menasihati kita. Biarpun seseorang itu bukanlah tergolong dalam golongan yang alim ulama’, kita tetap perlu menerima teguran itu dengan berlapang dada. Lagi- lagi jika kesalahan itu benar- benar kita lakukan. Bak kata orang,

“Jangan lihat siapa yang menegur kita, tapi lihatkan teguran yang dia lontarkan kepada kita.”

Dalam pada itu, kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada yang sanggup untuk memperbetulkan dan menyedarkan kita daripada melakukan perbuatan yang membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. Setiap teguran dan bait nasihat yang baik, yang keluar daripada mulut sesiapa pun, pastinya daripada Allah s.w.t. Mugkin Allah s.w.t ingin menyedarkan kita melalui sahabat atau kawan- kawan kita. Ingat, ilham datang daripada Allah s.w.t.. kalau kita bersikap sombong untuk menerimanya, ini juga bermaksud kita ingin berpaling daripada menerima peringatan daripada Allah s.w.t yang sememangnya terang- terang dijelaskan dan dilarang di dalam al- Quran. Agak malang jika kita tahu akan kewujudan suatu larangan, tetapi kita tetap sengaja melakukannya. Tidakkah kita gerun dengan ayat Allah s.w.t yang bermaksud:

“Barangsiapa berpaling daripada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat,” – Surah Thaahaa; ayat 100

“…Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, niscaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.” – Surah al- Jin; ayat 17

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.” – Surah As- Sajadah; ayat 22

Sekadar peringatan buat diri sendiri..wallahualam..

p/s: HMm..kesimpulannya, setiap orang harus berazam dalam membentuk diri ke arah yg lebih baik..
read more...

Friday, December 11, 2009

Tungguuuu sekejap....

Bismillahirahmanirrahim...

Nafas bermula kembali.. sudah lama tidak berkongsi.. sungguh hiba rasa di hati.. apa2 pun tunggu saya akan bermula kembali..

Say WELOCOME BACK to meeee.....!

Wallahualam..

Sekadar membiarkan hati bersuara..


read more...

Monday, September 28, 2009

Raya Di Perantauan lagi...

bismillahirrahmanirrahim...Justify Full
hm, rasa bersalah plak pada diri sendiri.. dah lama sangat blog ni tidak menghidangkan ilmu2 dan perkongsian bicara hati. Masuk tahun 3 di IPT mmg sgt busy, byk bnda yg saya nk buat xterlaksana. Lagi pula, kat Blok kediaman baru saya xdapat wifi. Klu ada pn, blok dpn pnyer, agak slow n nk sign in ke blogger mmg xleh.. minta maaf pada pngunjung yg semestinya bosan bila brkunjung ke blog ni.. al maklumlah..bnda sama dari dulu.. tak ter 'update'. So, hari ni, saya ambil ksmptn ke CC kejap, nak jenguk blog ksygn ni..

Dah seminggu lbih Hari Raya Aidilfitri berlalu, sprti tahun2 sebelumnya, saya tak balik lagi.. dan sprti tahun sblumnya, saya beraya d rumah keluarga angkat, kat Ketengah Jaya Terengganu. Biarpun sedih, tapi suasana kat sana buat saya boleh hilangkan kesedihan2 saya. apa tidaknya, keluarga kat sana ramai.. mmg seronok.. mmg meriah.. lagi2 dengan kehadiran org baru yg saya gelar 'baby Ramadhan'. Family angkat sgt mnitik beratkan soal agama, smbhyg brjemaah, brbincang soal isu smsa, politik, dan bnda yg dpt saya pelajari stiap kali dtg ke sini. Kalau family kat Tawau 'bersiara' di umah sanak saudara, saya kat sini pun 'bersiara' kat umah kuaga family angkt jugak. Terasa berkeluarga jugak la.. tu lebih baik dari orang yg xdapat beraya lagsung kn? so, Jutaan trima kasih buat semua, n kpda kak Yani, trimas jugak sbb bpenat2 hantar saya kesana kemari. maaf byk2.. Halalkan makan minum semua ea... Saya saaaaaayang semua...

(gambar raye saya upload kmudian yer..)

Raya ke- 4 saya kembali ke kampus utk mneruskan kerja2 sbgai seorg pljr plak. ingat nk abiskn cut kat Terengganu, tapi memeikirkan kerja yang belambak, hm.. trpksa jg di batalkan niat tu. Mmg kampus tak ada org lagi. yang ada hanya stdnt2 yg xbalik, trutama budak Sabah Sarawak. Tawakkal jer la spnjg bbpa hari yg sunyi tu.. Hari Khamis, seorang sahabat dari Sarawak dah kembali ke UMK jgk. Thanks to Abg Ariffin for the gift. ole2 raya utk perantau la katakan..

Then, Thanks jugak buat Al, Margina, Fahmi, Syameri, Ira n Abg yg bwk saya join venture ngn diorg mnikmati keindahan ciptaan Allah kat Jeram Linang. Masa tu kan budak2 UMK tak balik lagi, so mmg bosan la.. Thats why smua sibuk nk g picnic.. kire Gathering Borneo la jugak.. Hm.. len kali saya akan berkngsi cerita psl Jeram Linang plak. InsyaAllah...

Hari Sabtu ptg dan Ahad tu.. Alhamdulillah, sahabat2 lain sampai. Daripada UMK yg sunyi, ia bertukar jadi meriah balik. Trmasuk la bunyi mercun k kolej kediaman. Special Thanks utk Annie jugak, hilang gak kempunan nak merasa kuih makmur. Dah penat cari kat Klntn ni tak jumpa2, akhirnya org ngeri sendri jugak y bwkkn. begitu jugak dgn Rumate2 tersayang.. Wallahu'alam..

p/s: Pak, Mak, kak Murni, abg asrie, kak as, kak ain, abg nasa, adeq sukri, adeq syarif, adeq yaya, kazen2 trsyg, dan semua la kat TAWAU. Thnks for evrything.. Raye aji kite raye same k.. hihi..

Sekadar membiarkan hati bersuara..

read more...

Wednesday, July 29, 2009

Pengorbanan yang bergelar ibu~

Bismillahirrahmanirrahim~

“Ya Allah.. sakit sangat kepala dek kena air hujan malam ni”.

Tak berenti bibirnya berzikir dan berdoa mengharapkan pertolongan dari Tuhannya agar kesakitannya berkurangan.

“Ya Allah.. moga kesakitan ini bisa menjadi kafarah bagi dosa- dosa kecil yang ku lakukan di masa lalu..”. Doa kecilnya.

Saat itu, kerinduan pada ibu tercinta kian menebal. Apa tidaknya, kalau di rumah, boleh saja ibu memicit- micit kepala untuk mengurangkan sakit. Tangan ibu bagaikan sakti, bisa menghilangkan kesakitan seluruhnya. Urutan begitu jitu, sehingga dia tertidur. Laju saja air mata di pipinya tercurah, membasahi pipinya..

Wanita yang bergelar ibu punya kuasa yang luar biasa. Bermula di awal pagi kita, ibu pasti adalah orang yang pertama bangun. Kalau ibu tak bangun, pasti seisi rumah tak bangun. Sebelum subuh lagi, pasti akan bunyi deringan jam loceng yang sememangnya membingitkan seluruh ruang tidur ibu. Bunyi itu menunjukkan ibu akan berhemat diri dan segera menyiapkan sarapan. Saat subuh menjelang, segera pula dia mengejutkan seisi rumah untuk bersolat subuh. Mengejutkan ayah, dan dua lagi adik lelaki yang perlu ke sekolah bukan mudah. Kadang perlu ambil masa setengah jam baru boleh bangun. Kadang ibu pun boleh tertidur sambil duduk untuk menunggu adik2 ni bangun. Kesian ibu. Ketika menghidangkan sarapan pagi sebelum adik ke sekolah, matanya kuyu, pastinya menahan mengantok yang amat sangat. Adik harus bergerak dari rumah seawall jam 6 pagi. Terkadang adik pun xmenjamah hidangan ibu, punya la ibu bangun awal nak siapkan, sampai hati adik tak mau hargai!!
Bersambung...

Sekadar membiarkan hati berbicara~
read more...

Sunday, June 28, 2009

Solat Dhuha: Pembuka Pintu Rezeki

“Lina, kalau kakakmu dulu kan, ndak pernah dia tinggalkan solat dhuha.. Tu la sampai sekarang Allah ndak pernah berenti kasi dia kesenangan.. Periksaannya.. kerjanya.. tengok, senang kan dia sekarang? ikut la macam dia.. bukan susah pun, 5 minit pun boleh sudah” kata ibu saya dengan penuh rasa cinta. Begini la nasihat ibu suatu ketika dulu. Memang betul, bila kita mengerjakan solat dhuha, pintu rezeki akan di bukakan. Inilah tanda kesyukuran kita dan tanda betapa kita mengharap bantuan dari-Nya, kerana DIA lah Maha Pemberi.. Kita mahu, jadi perlulah meminta..


Apa yang anda faham tentang Solat Dhuha? Bila soalan ini saya ajukan kepada seorang sahabat, ini jawapannya: “solat dhuha merupakan solat yg di lakukan selepas naiknya mentari dlm anggaran satu tiang.”


Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).Sesuai dengan maksud Dhuha, iaitu pagi.


Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa. Biarpun ianya hanyalah satu amalan sunat, tetapi tidak bererti ianya tidak penting dalam proses kita mendekatkan diri dengan Allah. Begitu banyak kebaikan yang kita akan peroleh selama kita mengerjakan amalan baik dengan konsisten dan istiqamah. Tapi, yang wajib tetap didahulukan.


Ada banyak hadis menyebut tentang kelebihan solat Dhuha. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:


“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,”.


Dikatakan, waktu afdal melakukan solat Dhuha adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan hadis Nabi s.a.w. oleh Zaid bin Arqam:


“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”


Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).


Di kalangan para ulama, yang masyur dikatakan, Solat Dhuha paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma ada juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal adalah empat rakaat (dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Solat Dhuha bukanlah sesuatu yang berat untuk dikerjakan. Ia sama seperti solat sunat yang lain. Malah, ianya dapat membantu kita dalam menyegarkan tubuh badan setelah beberapa jam bekerja. Kita istilah kan 5 minit Dhuha kita adalah sebagai waktu ‘rest’ kan otak dan anggota tubuh. Ianya juga sebagai senaman ringan setelah lama duduk bekerja di dalam pejabat contohnya. Tidakkah ianya suatu nikmat pada kita? Janganlah kita memandang amalan ini sebagai sesuatu yang berat untuk dikerjakan, pastinya kita akan malas dan tidak semangat untuk mengerjakannya dan mungkin juga kita tidak akan istiqamah. Asal kita ikhlas dan menepati syarat, InsyaAllah kita temukan keindahan mendekati-Nya.


P/S: Hidup hanya sekali, rasa rugi bila tidak mengerjakan suatu amalan sedangkan kita tahu yang kita mampu untuk melakukannya. Takut ianya akan menjadi penyesalan kita bila ajal tiba tanpa persediaan. Jangan berlengah dalam mengerjakan amal..


"Ya Allah, Kaulah Penguasa langit dan bumi, Pemberi rezeki dan kesenangan kepada seluruh ciptaanMu. Aku hamba yang lemah dan sentiasa inginkan pertolongan dariMu. KepadaMu hamba memohon, bukakanlah pintu rezeki buat diri hamba. Andai saja rezeki buat hamba ada di langitMu, turunkanlah. jika ianya masih di dalam bumi, maka keluarkanlah, jika ianya masih jauh, dekatkanlah dan jika ianya tidak nampak,perlihatkanlah. Kaulah yang mengetahui kehendak dan keperluan setiap hambaMu. Namun, jika sesuatu yang hamba mohon itu akan memusnahkan diri hamba, jauhkanlah hamba dari berkehendakannya. Engkau sajalah yang mnegetahui segala- galanya. Ameen Ya Allah.."

read more...