ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Wednesday, April 1, 2009

SIAPA YANG LEBHI BAIK AMALNYA

Bismillahirrahmanirrahim…
Coretan 25/3/209

Ingin berkongsi lagi. Kali ini saya ingin mengupas tentang apa yang saya peroleh dalam usrah saya tadi. Saya rasa sedikit terkilan tentang sesuatu. Ya, sekali lagi tentang ilmu. Hari ini kami bercerita soal puasa, ibadah haji dan juga lidah. Sebut mengenai lidah, seorang sahabat mengesyorkan untuk kita mengamalkan zikir mengikut hari seperti yang kita selalu dengar. Sebagai contoh, setiap hari Jumaat, kita mengamalkan zikir ini…. Hari Sabtu kita mengamalkan zikir itu… Alhamdulillah, baguslah ada yang mengingatkan supaya kita membanyakkan berzikir.

Dalam pada itu, timbul persoalan di benak yang selalu ingin mendalami ilmu yang diterima. Baik atau buruk suatu ilmu yang kita peroleh, ianya perlu juga diselidiki sumbernya. Ini berguna untuk kita dalam pembaikan amal. Bukan niat untuk meletakkan ianya haram atau tidak untuk diamalkan. Jelas mengajak kepada berzikir itu bukan sesuatu yang buruk. Tapi apa salahnya jika diri yang kurang ilmu ini ingin mengetahui lebih jelas tentang sumber anjuran zikir sebegitu. Siapa tahu, suatu hari apabila kita syorkan amalan itu kepada sahabat lain, sahabat tersebut bertanya samada ia anjuran Rasulullah, para salafussoleh ataupun para ulama’ yang kita sanjungi. Apa kita nak jawab masa itu? Ingat, kita bersedia untuk digelar da’ie, jadi seharusnya kita juga bersedia untuk menambah baik amal dan pengetahuan kita. Seperti peringatan yang Allah sajikan di dalam al- Quranul Karim:

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,…” (Al- Mulk : 2)

Lagi menyedihkan apabila soalan ditujukan kepada pengesyor untuk mengamalkan zikir harian tersebut, sahabat dibelakang mula berbisik seperti ini,

“Buat apa nak tanya soalan macam tu? Suka rumitkan sesuatu. Padahal ni hal zikir jer..”

Betapa terasanya diri yang kurang ilmu ini. Seperti soalan itu sangat- sangat tidak berguna. Tidak kurang juga yang mengeluarkan kata- kata seperti,

“Imam Malik r.a berkata barangsiapa yang cepat mengharamkan sesuatu, maka tempatnya adalah di neraka.” (klu silap tolong betulkan)

Kenapa la sahabat- sahabat saya menganggap diri ini ingin membantahkan dan mengatakan zikir yang disyorkan itu salah dan haram. Tidak sahabatku.. saya hanya ingin tahu, ingin tahu. Andai saya temui jawapannya dimana sumber tersebut, saya gembira menerimanya. Andai saya tidak temuinya, saya akan bersabar dan redha…

Islam itu mudah, tapi bukan untuk dimudah- mudahkan atau disusah- susahkan.

Sekadar membiarkan hati bersuara…


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim) [Muslim no. 2699]

Wallahu’alam..

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "SIAPA YANG LEBHI BAIK AMALNYA"

LUQMAN OSMAN said...

bismillah

al-takhrij

- (2699) حدثنا يحيى بن يحيى التميمي وأبو بكر بن أبي شيبة ومحمد بن العلاء الهمداني - واللفظ ليحيى - (قال يحيى: أخبرنا. وقال الآخران: حدثنا) أبو معاوية عن الأعمش، عن أبي صالح، عن أبي هريرة. قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا، نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة. ومن يسر على معسر، يسر الله عليه في الدنيا والآخرة. ومن ستر مسلما، ستره الله في الدنيا والآخرة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما، سهل الله له به طريقا إلى الجنة. وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله، يتلون كتاب الله، ويتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة، وغشيتهم الرحمة وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده. ومن بطأ به عمله، لم يسرع به نسبه".

muslim 2699

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

mulk 2

“Imam Malik r.a berkata barangsiapa yang cepat mengharamkan sesuatu, maka tempatnya adalah di neraka.” (klu silap tolong betulkan)

wallhu'alam

...

kita berdoa agar kita d jauhi dari kejahilan ... hawa nafsu ... kemunafiqan ... dan pebagai sifat as-su'u lagi

moga kita mengamalkan apa yg d katakan ... semkin hari semoga semakin bertambah mantap iman semakin bertaqwa kpd Allah .. aku sni krisis solat hajat n doa khatam quran lagi ... namun skrg dugaan semakin berat ... Allah menguji diri ... semakin ramai org yg cuba menikam blakang termasuk kawan ... huhuhu ... ku kena berhati2 ... dan apa yg terbaik ialah berdiam ... moga diri semakin bertambah ilmu dan d jauhi dari kejahilan ... apa yg mampu d buat hanyalah tgu sahaja d akhirat ... kita lihat !!!! .... dat's d onlu word that could cure everything ...

last,

54 - ( صحيح )
وعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
إن الله حجب التوبة عن كل صاحب بدعة حتى يدع بدعته
رواه الطبراني وإسناده حسن

mafhum : Allah menutup pintu taubat pelaku bid;ah sehingga dia berhenti meninggalkn bid'ah yg dia lakukan

rhabrani dgn sanad yg hasan ... d sahihkan oleh albani ... lihat sahih targhin wa tarhib hadis Np. 54

wallahu'alam




54 - ( صحيح )
وعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
إن الله حجب التوبة عن كل صاحب بدعة حتى يدع بدعته
رواه الطبراني وإسناده حسن

LUQMAN OSMAN said...

“Imam Malik r.a berkata barangsiapa yang cepat mengharamkan sesuatu, maka tempatnya adalah di neraka.” (klu silap tolong betulkan)

mungkin bole state rujukan ... dari perkataannya mcm ada sedikit kecacatan ... mungkin kalo ada tambahan "tanpa usul periksa" logik ckit

brgsiapa yg cepat mengharamkan sesuatu tanpa usul periksa mungkinla sbb tanpa pengkajian tg teliti seseorg 2 boleh mengharamkan apa yg Allah halalkan jadi ini yg bahaya ... setelah memerhati terdapat kecacatan dalam kata2 yg d sandarkan kpd imam malik ... kalo ada pun mungkin boleh rujuk kitab2 tarikh tuk tahu asbab kata2 imam malik pengunaan sedemikian adalah penggunaan secara semberono .... boleh jadi imam malik memaksudknnya 2 menujukannya kepada situasi yg lain atau d tujukan kepada kaum bid;ah spt khawarij syiah qadariah n len2 .... kena kaji lu dlm2 .... wallahu'alam

LUQMAN OSMAN said...

r.a besa guna tuk sahabat
r.h baru para imam n kaum muslim

wallahu'alam

mmaf jika silap tafsir

Zuljanah said...

Salam,

Insha Allah ayat berikut boleh dijadikan panduan.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ
وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah Al-Israa', Ayat 36