ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Wednesday, April 1, 2009

ADAKAH DAKWAH MANTAP?

Bismillahirrahmanirrahim…

Petang yang tenang membawa diri ini untuk berkongsi cerita lagi. Saya sebenarnya begitu sibuk dengan ‘assignment’ dan test yang baru lepas tadi. Tapi tangan tetap hendak menaip sesuatu. Sekadar membiarkan hati bersuara….

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat mengajak diri untuk bermuhasabah. Bercerita tentang sesuatu yang orang selalu terlepas pandang. Ianya mengenai ‘amar makruf’ dan nahi mungkar. Saban hari kita melihat, kes- kes penceraian, dera anak, lacur, rogol, gaduh, bunuh dan macam- macam lagi menghiasi dada- dada akhbar tempatan. Sepertinya mereka ini tidak mendapat didikan cukup untuk membawa diri kepada pencetusan modal insan yang dinamik.

Apabila dikhabarkan kepada kita cerita sebegini, pastinya akan ada yang cuba membuat kesimpulan bahawa perkara- perkara sebegini selalunya berlaku kerana KURANGNYA DIDIKAN AGAMA. Ya, ini yang selalu ditimbulkan. Tapi berapa ramai yang mengambil tindakan dengan hal ini? Ada juga segolongan manusia yang dalam jiwanya ada rasa tanggungjawab untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Tetapi, sebahagiannya tidak tahu di mana seharusnya dakwah ini dimulakan.

Seperti yang kita lihat sekarang, sebahagian daripada orang yang mengaku dirinya sebagai pendakwah alpa dan terlepas pandang akan sesuatu. Pendakwah masa kini lebih suka untuk berdakwah dengan sahabat- sahabat dan orang asing, dengan alasan ianya lebih mudah bagi mereka. Mereka lupa untuk memulakannya dengan diri dan keluarga. Cuba kita rujuk di dalam surah At- Tahrim : 6, Firman Allah s.w.t:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Kenapa saya bercakap tentang ini? Bukan untuk meghalang sahabat- sahabat dari jalan Allah.. tidak sesekali. Tapi mahu kita berfikir, Allah memerintahkan kita supaya menjaga diri dan keluarga dari bahan api neraka. Kita bila digelar sahaja Da’ie, telah lupa yang kita seharusnya memantapkan diri dengan ilmu. Bukan sahaja pengetahuan, tapi ilmu! Pengetahuan dan ilmu adalah dua benda yang berbeza. Mungkin saya boleh kupas mengenainya sedikit di masa akan datang. Ini, kita mengaku diri sebagai da’ie, tapi kita tidak cuba untuk menambah ilmu kita. Jangan cepat percaya dengan cakap- cakap orang, cuba teliti terlebih dahulu. Takut- takut apa yang kita sampaikan pada orang adalah ilmu yang salah. Selain itu, kita juga lupa akan keluarga kita. Kita lebih banyak berdakwah kepada orang luar, padahal keluarga kita tidak ditarbiyah. Seharusnya kita memulakannya dari rumah….

Berilah ruang masa buat diri dan keluarga kita, bukan ruang masa untuk bersuka- suka, tapi bukalah ruang dakwah kepada mereka. Kenapa kita dapat merubah dan mendidik hati adik- adik orang lain tapi ibu- bapa dan keluarga sendiri terumbang- ambing? Ahli keluarga sendiri sanggup dibiarkan melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang makruf. Ingat wahai sahabat- sahabat, rasa sayang kita pada keluarga tidak boleh direndah- rendahkan. Cuba kita fikirkan kenapa hal ini berlaku? Sebab kedegilan mereka tidak mahu menerima ilmu yang kita sampaikan kah atau kita sendiri yang tidak pergi kepada mereka dan menjaga mereka. Mantapkanlah diri kita! Kemudian mantapkan lah keluarga kita. Dengan itu, pasti orang lain akan mudah untuk mengikuti dakwah yang kita bawa. Tidak akan ada orang yang akan mencemuh seperti,

“Eleh.. dia tu asyik ajak kita menutup aurat, padahal anak sendiri pakai seksi. Ustaz apa macam tu? Anak sendiri tak dinasihat betul- betul, tapi ank orang sibuk nak di dakwahnya”

“Si pulan tu, asyik nak ajak aku sembahyang. Padahal aku tengok adik dia pun sekepala dengan kita. Cuba dia ubah adik dia tu sekali..”

Jangan pekak kan telinga. Mungkin ada betulnya apa yang mereka katakan. Bersangka baik dengan apa yang saya cuba sampaikan. Sekadar mahu kita berfikir dan membuka mata. Kita menyayangi umat Islam dan jangan lupa untuk menyayangi orang terdekat kita. Mereka juga memerlukan dakwah dan ilmu dari kita…


Sering saya perhatikan (mungkin juga pernah berlaku pada diri sendiri sebelum ini), sampai masa cuti semester, sudah pasti ada saja program- program yang kita akan sertai. Contohnya program- program yang melibatkan pertarbiyahan untuk adik- adik di kawasan yang kita duduki. Padahal masa cuti sepatutnya kita luangkan bersama keluarga. Perkataan saya ini bukanlah menghalang diri atau sahabat- sahabat daripada melaksanakan program- program, saya juga terlibat dalam hal ini. Tapi kadang- kadang kita tidak pandai untuk menyeimbangkan masa untuk keluarga dan tanggungjawab sebagai dai’e di luar. Selalu bibir dan hati bersuara,


“xpala, moga- moga mak bapak faham”, “xpala, bekorban masa dengan family untuk dakwah..”

Sahabat- sahabat, tidak kah kita terfikir akan hati ibu- bapa kita yang remuk dek perlakuan kita ini? Tidakkah kita fikirkan akan keinginan mereka untuk merasa akan kasih sayang kita setelah beberapa bulan kita tidak bersama mereka? Penantian mereka untuk bersama kita itu sungguh sakit sebenarnya. Padahal disebutkan di dalam kitab yang kita agung- agungkan:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Al- Israa’ : 23)

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Al- Ankabut : 8)

Adakah ini tanda kita tidak berbuat baik pada mereka? Tanda kita tidak kasihkan mereka? Tanda kita mementingkan orang lain daripada keluarga sendiri? Masing- masing punya jawapan.. Kita telah laksanakan tanggungjawab di luar sebagai da’ie, tetapi kita lupa akan tanggungjawab untuk menjadi anak- anak yang soleh dan solehah. sekali lagi, diharap bersangka baik..

Wallahu’alam…

“Ya ALLAH, Ya TUHAN ku, ampunilah segala dosa kesalahanku dan dosa kedua ibubapaku serta kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku pada masa aku masih kecil. Ya ALLAH, ampunilah segala dosa kaum muslimin dan muslimat. Mukminin dan mukmninat samada yang hidup atau yang telah mati”.AMEEN…

P/S: Nasihat Khas ku tujukan buat diri sendiri, kepada pembaca sila ambil yang baik- baik saja..Sekadar membiarkan hati berbicara..



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "ADAKAH DAKWAH MANTAP?"