ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim
Latest Posts

Friday, December 18, 2009

TERIMA PERINGATAN, JANGAN SUKA MENUDING KEMBALI


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”- Surah At- Taubah; ayat 71

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita ikuti dialog ringkas ini,
“Wan, ko ni kuat sangat berjudi. Tinggalkan benda haram tu. Nanti kelak ko jugak yang susah..”

“Eh, Zam! Ko tak pyh la sibuk2 nak nasihat aku.. ko tu pun apa kurangnya, solat 5 waktu pun ko tak jaga mana.. selalu jer tinggal cam aku .. baik ko jadi baik dulu, baru sibuk hal orang.. tegur dosa orang..!!”

Dialog sebegini selalu saja berlaku hari ni kan? Saya hairan, kenapa ada lagi orang yang tidak suka untuk dinasihati sebegitu. Bilamana ada seseorang yang ingin memperbetulkan kita, kita turut sama mencari kesalahan yang ada pada orang itu. Ini adalah pelaku untuk orang yang sombong!

Sedangkan, Allah s.w.t memerintahkan kita untuk saling ingat- mengingati dan tegur- menegur akan setiap kesilapan yang saudara semuslimnya lakukan. Berpeganglah dengan 1 prinsip, “Sahabat adalah cermin kepada sahabat yang lainnya.” Seharusnya kita selalu bersikap terbuka terhadap orang yang menegur atau menasihati kita. Biarpun seseorang itu bukanlah tergolong dalam golongan yang alim ulama’, kita tetap perlu menerima teguran itu dengan berlapang dada. Lagi- lagi jika kesalahan itu benar- benar kita lakukan. Bak kata orang,

“Jangan lihat siapa yang menegur kita, tapi lihatkan teguran yang dia lontarkan kepada kita.”

Dalam pada itu, kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada yang sanggup untuk memperbetulkan dan menyedarkan kita daripada melakukan perbuatan yang membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. Setiap teguran dan bait nasihat yang baik, yang keluar daripada mulut sesiapa pun, pastinya daripada Allah s.w.t. Mugkin Allah s.w.t ingin menyedarkan kita melalui sahabat atau kawan- kawan kita. Ingat, ilham datang daripada Allah s.w.t.. kalau kita bersikap sombong untuk menerimanya, ini juga bermaksud kita ingin berpaling daripada menerima peringatan daripada Allah s.w.t yang sememangnya terang- terang dijelaskan dan dilarang di dalam al- Quran. Agak malang jika kita tahu akan kewujudan suatu larangan, tetapi kita tetap sengaja melakukannya. Tidakkah kita gerun dengan ayat Allah s.w.t yang bermaksud:

“Barangsiapa berpaling daripada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat,” – Surah Thaahaa; ayat 100

“…Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, niscaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.” – Surah al- Jin; ayat 17

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.” – Surah As- Sajadah; ayat 22

Sekadar peringatan buat diri sendiri..wallahualam..

p/s: HMm..kesimpulannya, setiap orang harus berazam dalam membentuk diri ke arah yg lebih baik..
read more...

Friday, December 11, 2009

Tungguuuu sekejap....

Bismillahirahmanirrahim...

Nafas bermula kembali.. sudah lama tidak berkongsi.. sungguh hiba rasa di hati.. apa2 pun tunggu saya akan bermula kembali..

Say WELOCOME BACK to meeee.....!

Wallahualam..

Sekadar membiarkan hati bersuara..


read more...

Monday, September 28, 2009

Raya Di Perantauan lagi...

bismillahirrahmanirrahim...Justify Full
hm, rasa bersalah plak pada diri sendiri.. dah lama sangat blog ni tidak menghidangkan ilmu2 dan perkongsian bicara hati. Masuk tahun 3 di IPT mmg sgt busy, byk bnda yg saya nk buat xterlaksana. Lagi pula, kat Blok kediaman baru saya xdapat wifi. Klu ada pn, blok dpn pnyer, agak slow n nk sign in ke blogger mmg xleh.. minta maaf pada pngunjung yg semestinya bosan bila brkunjung ke blog ni.. al maklumlah..bnda sama dari dulu.. tak ter 'update'. So, hari ni, saya ambil ksmptn ke CC kejap, nak jenguk blog ksygn ni..

Dah seminggu lbih Hari Raya Aidilfitri berlalu, sprti tahun2 sebelumnya, saya tak balik lagi.. dan sprti tahun sblumnya, saya beraya d rumah keluarga angkat, kat Ketengah Jaya Terengganu. Biarpun sedih, tapi suasana kat sana buat saya boleh hilangkan kesedihan2 saya. apa tidaknya, keluarga kat sana ramai.. mmg seronok.. mmg meriah.. lagi2 dengan kehadiran org baru yg saya gelar 'baby Ramadhan'. Family angkat sgt mnitik beratkan soal agama, smbhyg brjemaah, brbincang soal isu smsa, politik, dan bnda yg dpt saya pelajari stiap kali dtg ke sini. Kalau family kat Tawau 'bersiara' di umah sanak saudara, saya kat sini pun 'bersiara' kat umah kuaga family angkt jugak. Terasa berkeluarga jugak la.. tu lebih baik dari orang yg xdapat beraya lagsung kn? so, Jutaan trima kasih buat semua, n kpda kak Yani, trimas jugak sbb bpenat2 hantar saya kesana kemari. maaf byk2.. Halalkan makan minum semua ea... Saya saaaaaayang semua...

(gambar raye saya upload kmudian yer..)

Raya ke- 4 saya kembali ke kampus utk mneruskan kerja2 sbgai seorg pljr plak. ingat nk abiskn cut kat Terengganu, tapi memeikirkan kerja yang belambak, hm.. trpksa jg di batalkan niat tu. Mmg kampus tak ada org lagi. yang ada hanya stdnt2 yg xbalik, trutama budak Sabah Sarawak. Tawakkal jer la spnjg bbpa hari yg sunyi tu.. Hari Khamis, seorang sahabat dari Sarawak dah kembali ke UMK jgk. Thanks to Abg Ariffin for the gift. ole2 raya utk perantau la katakan..

Then, Thanks jugak buat Al, Margina, Fahmi, Syameri, Ira n Abg yg bwk saya join venture ngn diorg mnikmati keindahan ciptaan Allah kat Jeram Linang. Masa tu kan budak2 UMK tak balik lagi, so mmg bosan la.. Thats why smua sibuk nk g picnic.. kire Gathering Borneo la jugak.. Hm.. len kali saya akan berkngsi cerita psl Jeram Linang plak. InsyaAllah...

Hari Sabtu ptg dan Ahad tu.. Alhamdulillah, sahabat2 lain sampai. Daripada UMK yg sunyi, ia bertukar jadi meriah balik. Trmasuk la bunyi mercun k kolej kediaman. Special Thanks utk Annie jugak, hilang gak kempunan nak merasa kuih makmur. Dah penat cari kat Klntn ni tak jumpa2, akhirnya org ngeri sendri jugak y bwkkn. begitu jugak dgn Rumate2 tersayang.. Wallahu'alam..

p/s: Pak, Mak, kak Murni, abg asrie, kak as, kak ain, abg nasa, adeq sukri, adeq syarif, adeq yaya, kazen2 trsyg, dan semua la kat TAWAU. Thnks for evrything.. Raye aji kite raye same k.. hihi..

Sekadar membiarkan hati bersuara..

read more...

Wednesday, July 29, 2009

Pengorbanan yang bergelar ibu~

Bismillahirrahmanirrahim~

“Ya Allah.. sakit sangat kepala dek kena air hujan malam ni”.

Tak berenti bibirnya berzikir dan berdoa mengharapkan pertolongan dari Tuhannya agar kesakitannya berkurangan.

“Ya Allah.. moga kesakitan ini bisa menjadi kafarah bagi dosa- dosa kecil yang ku lakukan di masa lalu..”. Doa kecilnya.

Saat itu, kerinduan pada ibu tercinta kian menebal. Apa tidaknya, kalau di rumah, boleh saja ibu memicit- micit kepala untuk mengurangkan sakit. Tangan ibu bagaikan sakti, bisa menghilangkan kesakitan seluruhnya. Urutan begitu jitu, sehingga dia tertidur. Laju saja air mata di pipinya tercurah, membasahi pipinya..

Wanita yang bergelar ibu punya kuasa yang luar biasa. Bermula di awal pagi kita, ibu pasti adalah orang yang pertama bangun. Kalau ibu tak bangun, pasti seisi rumah tak bangun. Sebelum subuh lagi, pasti akan bunyi deringan jam loceng yang sememangnya membingitkan seluruh ruang tidur ibu. Bunyi itu menunjukkan ibu akan berhemat diri dan segera menyiapkan sarapan. Saat subuh menjelang, segera pula dia mengejutkan seisi rumah untuk bersolat subuh. Mengejutkan ayah, dan dua lagi adik lelaki yang perlu ke sekolah bukan mudah. Kadang perlu ambil masa setengah jam baru boleh bangun. Kadang ibu pun boleh tertidur sambil duduk untuk menunggu adik2 ni bangun. Kesian ibu. Ketika menghidangkan sarapan pagi sebelum adik ke sekolah, matanya kuyu, pastinya menahan mengantok yang amat sangat. Adik harus bergerak dari rumah seawall jam 6 pagi. Terkadang adik pun xmenjamah hidangan ibu, punya la ibu bangun awal nak siapkan, sampai hati adik tak mau hargai!!
Bersambung...

Sekadar membiarkan hati berbicara~
read more...

Sunday, June 28, 2009

Solat Dhuha: Pembuka Pintu Rezeki

“Lina, kalau kakakmu dulu kan, ndak pernah dia tinggalkan solat dhuha.. Tu la sampai sekarang Allah ndak pernah berenti kasi dia kesenangan.. Periksaannya.. kerjanya.. tengok, senang kan dia sekarang? ikut la macam dia.. bukan susah pun, 5 minit pun boleh sudah” kata ibu saya dengan penuh rasa cinta. Begini la nasihat ibu suatu ketika dulu. Memang betul, bila kita mengerjakan solat dhuha, pintu rezeki akan di bukakan. Inilah tanda kesyukuran kita dan tanda betapa kita mengharap bantuan dari-Nya, kerana DIA lah Maha Pemberi.. Kita mahu, jadi perlulah meminta..


Apa yang anda faham tentang Solat Dhuha? Bila soalan ini saya ajukan kepada seorang sahabat, ini jawapannya: “solat dhuha merupakan solat yg di lakukan selepas naiknya mentari dlm anggaran satu tiang.”


Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).Sesuai dengan maksud Dhuha, iaitu pagi.


Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa. Biarpun ianya hanyalah satu amalan sunat, tetapi tidak bererti ianya tidak penting dalam proses kita mendekatkan diri dengan Allah. Begitu banyak kebaikan yang kita akan peroleh selama kita mengerjakan amalan baik dengan konsisten dan istiqamah. Tapi, yang wajib tetap didahulukan.


Ada banyak hadis menyebut tentang kelebihan solat Dhuha. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:


“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,”.


Dikatakan, waktu afdal melakukan solat Dhuha adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan hadis Nabi s.a.w. oleh Zaid bin Arqam:


“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”


Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).


Di kalangan para ulama, yang masyur dikatakan, Solat Dhuha paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma ada juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal adalah empat rakaat (dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Solat Dhuha bukanlah sesuatu yang berat untuk dikerjakan. Ia sama seperti solat sunat yang lain. Malah, ianya dapat membantu kita dalam menyegarkan tubuh badan setelah beberapa jam bekerja. Kita istilah kan 5 minit Dhuha kita adalah sebagai waktu ‘rest’ kan otak dan anggota tubuh. Ianya juga sebagai senaman ringan setelah lama duduk bekerja di dalam pejabat contohnya. Tidakkah ianya suatu nikmat pada kita? Janganlah kita memandang amalan ini sebagai sesuatu yang berat untuk dikerjakan, pastinya kita akan malas dan tidak semangat untuk mengerjakannya dan mungkin juga kita tidak akan istiqamah. Asal kita ikhlas dan menepati syarat, InsyaAllah kita temukan keindahan mendekati-Nya.


P/S: Hidup hanya sekali, rasa rugi bila tidak mengerjakan suatu amalan sedangkan kita tahu yang kita mampu untuk melakukannya. Takut ianya akan menjadi penyesalan kita bila ajal tiba tanpa persediaan. Jangan berlengah dalam mengerjakan amal..


"Ya Allah, Kaulah Penguasa langit dan bumi, Pemberi rezeki dan kesenangan kepada seluruh ciptaanMu. Aku hamba yang lemah dan sentiasa inginkan pertolongan dariMu. KepadaMu hamba memohon, bukakanlah pintu rezeki buat diri hamba. Andai saja rezeki buat hamba ada di langitMu, turunkanlah. jika ianya masih di dalam bumi, maka keluarkanlah, jika ianya masih jauh, dekatkanlah dan jika ianya tidak nampak,perlihatkanlah. Kaulah yang mengetahui kehendak dan keperluan setiap hambaMu. Namun, jika sesuatu yang hamba mohon itu akan memusnahkan diri hamba, jauhkanlah hamba dari berkehendakannya. Engkau sajalah yang mnegetahui segala- galanya. Ameen Ya Allah.."

read more...

Wednesday, May 27, 2009

IsTiQaMaH

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga saya rafakkan kepada al- Khaliq, pencipta tujuh petala langit dan bumi, yang tidak pernah tidur dan tidak pernah leka dalam menjaga dan memerhatikan setiap gelagat serta keperluan kita di muka bumi ini. Deruan nafas masih lagi diberikan biar kita selalu melanggar dan tidak mempedulikan-Nya. Betapa besar nikmat yang Allah berikan di dunia, namun jangan harap kita akan memperolehinya di masa akan datang jika kita tidak mahu tunduk dan patuh kepada-Nya.

Terdetik di hati, berbisik sudah terlalu lama saya berdiam dari menaip dan berkongsi. Seperti blog ini sudah tidak bertuan. Pagi ini saya menonton suatu diskusi dlm rancangan ‘Anjakan Paradigma’ yang dibawakan oleh Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi yang tidak asing lagi di Malaysia. Pagi ini dia membicarakan tentang istiqamah. Diingatkan, suatu amal perbuatan biar sedikit tapi perlu dilakukan secara istiqamah.

Abul Qasim Al Qusyairi berkata : “Istiqamah adalah satu tingkatan yang menjadi penyempurna dan pelengkap semua urusan. Dengan istiqamah, segala kebaikan dengan semua aturannya dapat diwujudkan. Orang yang tidak istiqamah di dalam melakukan usahanya, pasti sia-sia dan gagal”.

Selain itu, Al Washiti berkata : “Istiqamah adalah sifat yang dapat menyempurnakan kepribadian seseorang dan tidak adanya sifat ini rusaklah kepribadian seseorang”.

Terdiam dan termangu saya sejenak, apa aku ini dari golongan yang tidak istiqamah dalam usaha menyebarkan dakwah di dunia maya ini? Lantas, idea tiba2 lahir berkat dari pertolongan Allah, Dia lah Maha Pemberi dan Maha Penolong. Dia lah yang menggerakkan hati manusia dan memberikan ilham untuk kita semua. Saya ingin bangkit kembali dan terus menyampaikan risalah tentang keindahan yang ada dalam agama Islam. Seperti yang kita ketahui, agama Islam adalah agama nasihat.

Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus Ad Daari radhiallahu 'anh, “Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda : Agama itu adalah Nasehat , Kami bertanya : Untuk Siapa ?, Beliau bersabda : Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslim”
[Muslim no. 55]

Moga saya akan terus bisa berbicara lagi.

Wallahu’alam..
read more...

Wednesday, April 1, 2009

SIAPA YANG LEBHI BAIK AMALNYA

Bismillahirrahmanirrahim…
Coretan 25/3/209

Ingin berkongsi lagi. Kali ini saya ingin mengupas tentang apa yang saya peroleh dalam usrah saya tadi. Saya rasa sedikit terkilan tentang sesuatu. Ya, sekali lagi tentang ilmu. Hari ini kami bercerita soal puasa, ibadah haji dan juga lidah. Sebut mengenai lidah, seorang sahabat mengesyorkan untuk kita mengamalkan zikir mengikut hari seperti yang kita selalu dengar. Sebagai contoh, setiap hari Jumaat, kita mengamalkan zikir ini…. Hari Sabtu kita mengamalkan zikir itu… Alhamdulillah, baguslah ada yang mengingatkan supaya kita membanyakkan berzikir.

Dalam pada itu, timbul persoalan di benak yang selalu ingin mendalami ilmu yang diterima. Baik atau buruk suatu ilmu yang kita peroleh, ianya perlu juga diselidiki sumbernya. Ini berguna untuk kita dalam pembaikan amal. Bukan niat untuk meletakkan ianya haram atau tidak untuk diamalkan. Jelas mengajak kepada berzikir itu bukan sesuatu yang buruk. Tapi apa salahnya jika diri yang kurang ilmu ini ingin mengetahui lebih jelas tentang sumber anjuran zikir sebegitu. Siapa tahu, suatu hari apabila kita syorkan amalan itu kepada sahabat lain, sahabat tersebut bertanya samada ia anjuran Rasulullah, para salafussoleh ataupun para ulama’ yang kita sanjungi. Apa kita nak jawab masa itu? Ingat, kita bersedia untuk digelar da’ie, jadi seharusnya kita juga bersedia untuk menambah baik amal dan pengetahuan kita. Seperti peringatan yang Allah sajikan di dalam al- Quranul Karim:

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,…” (Al- Mulk : 2)

Lagi menyedihkan apabila soalan ditujukan kepada pengesyor untuk mengamalkan zikir harian tersebut, sahabat dibelakang mula berbisik seperti ini,

“Buat apa nak tanya soalan macam tu? Suka rumitkan sesuatu. Padahal ni hal zikir jer..”

Betapa terasanya diri yang kurang ilmu ini. Seperti soalan itu sangat- sangat tidak berguna. Tidak kurang juga yang mengeluarkan kata- kata seperti,

“Imam Malik r.a berkata barangsiapa yang cepat mengharamkan sesuatu, maka tempatnya adalah di neraka.” (klu silap tolong betulkan)

Kenapa la sahabat- sahabat saya menganggap diri ini ingin membantahkan dan mengatakan zikir yang disyorkan itu salah dan haram. Tidak sahabatku.. saya hanya ingin tahu, ingin tahu. Andai saya temui jawapannya dimana sumber tersebut, saya gembira menerimanya. Andai saya tidak temuinya, saya akan bersabar dan redha…

Islam itu mudah, tapi bukan untuk dimudah- mudahkan atau disusah- susahkan.

Sekadar membiarkan hati bersuara…


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim) [Muslim no. 2699]

Wallahu’alam..
read more...

ADAKAH DAKWAH MANTAP?

Bismillahirrahmanirrahim…

Petang yang tenang membawa diri ini untuk berkongsi cerita lagi. Saya sebenarnya begitu sibuk dengan ‘assignment’ dan test yang baru lepas tadi. Tapi tangan tetap hendak menaip sesuatu. Sekadar membiarkan hati bersuara….

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat mengajak diri untuk bermuhasabah. Bercerita tentang sesuatu yang orang selalu terlepas pandang. Ianya mengenai ‘amar makruf’ dan nahi mungkar. Saban hari kita melihat, kes- kes penceraian, dera anak, lacur, rogol, gaduh, bunuh dan macam- macam lagi menghiasi dada- dada akhbar tempatan. Sepertinya mereka ini tidak mendapat didikan cukup untuk membawa diri kepada pencetusan modal insan yang dinamik.

Apabila dikhabarkan kepada kita cerita sebegini, pastinya akan ada yang cuba membuat kesimpulan bahawa perkara- perkara sebegini selalunya berlaku kerana KURANGNYA DIDIKAN AGAMA. Ya, ini yang selalu ditimbulkan. Tapi berapa ramai yang mengambil tindakan dengan hal ini? Ada juga segolongan manusia yang dalam jiwanya ada rasa tanggungjawab untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Tetapi, sebahagiannya tidak tahu di mana seharusnya dakwah ini dimulakan.

Seperti yang kita lihat sekarang, sebahagian daripada orang yang mengaku dirinya sebagai pendakwah alpa dan terlepas pandang akan sesuatu. Pendakwah masa kini lebih suka untuk berdakwah dengan sahabat- sahabat dan orang asing, dengan alasan ianya lebih mudah bagi mereka. Mereka lupa untuk memulakannya dengan diri dan keluarga. Cuba kita rujuk di dalam surah At- Tahrim : 6, Firman Allah s.w.t:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Kenapa saya bercakap tentang ini? Bukan untuk meghalang sahabat- sahabat dari jalan Allah.. tidak sesekali. Tapi mahu kita berfikir, Allah memerintahkan kita supaya menjaga diri dan keluarga dari bahan api neraka. Kita bila digelar sahaja Da’ie, telah lupa yang kita seharusnya memantapkan diri dengan ilmu. Bukan sahaja pengetahuan, tapi ilmu! Pengetahuan dan ilmu adalah dua benda yang berbeza. Mungkin saya boleh kupas mengenainya sedikit di masa akan datang. Ini, kita mengaku diri sebagai da’ie, tapi kita tidak cuba untuk menambah ilmu kita. Jangan cepat percaya dengan cakap- cakap orang, cuba teliti terlebih dahulu. Takut- takut apa yang kita sampaikan pada orang adalah ilmu yang salah. Selain itu, kita juga lupa akan keluarga kita. Kita lebih banyak berdakwah kepada orang luar, padahal keluarga kita tidak ditarbiyah. Seharusnya kita memulakannya dari rumah….

Berilah ruang masa buat diri dan keluarga kita, bukan ruang masa untuk bersuka- suka, tapi bukalah ruang dakwah kepada mereka. Kenapa kita dapat merubah dan mendidik hati adik- adik orang lain tapi ibu- bapa dan keluarga sendiri terumbang- ambing? Ahli keluarga sendiri sanggup dibiarkan melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang makruf. Ingat wahai sahabat- sahabat, rasa sayang kita pada keluarga tidak boleh direndah- rendahkan. Cuba kita fikirkan kenapa hal ini berlaku? Sebab kedegilan mereka tidak mahu menerima ilmu yang kita sampaikan kah atau kita sendiri yang tidak pergi kepada mereka dan menjaga mereka. Mantapkanlah diri kita! Kemudian mantapkan lah keluarga kita. Dengan itu, pasti orang lain akan mudah untuk mengikuti dakwah yang kita bawa. Tidak akan ada orang yang akan mencemuh seperti,

“Eleh.. dia tu asyik ajak kita menutup aurat, padahal anak sendiri pakai seksi. Ustaz apa macam tu? Anak sendiri tak dinasihat betul- betul, tapi ank orang sibuk nak di dakwahnya”

“Si pulan tu, asyik nak ajak aku sembahyang. Padahal aku tengok adik dia pun sekepala dengan kita. Cuba dia ubah adik dia tu sekali..”

Jangan pekak kan telinga. Mungkin ada betulnya apa yang mereka katakan. Bersangka baik dengan apa yang saya cuba sampaikan. Sekadar mahu kita berfikir dan membuka mata. Kita menyayangi umat Islam dan jangan lupa untuk menyayangi orang terdekat kita. Mereka juga memerlukan dakwah dan ilmu dari kita…


Sering saya perhatikan (mungkin juga pernah berlaku pada diri sendiri sebelum ini), sampai masa cuti semester, sudah pasti ada saja program- program yang kita akan sertai. Contohnya program- program yang melibatkan pertarbiyahan untuk adik- adik di kawasan yang kita duduki. Padahal masa cuti sepatutnya kita luangkan bersama keluarga. Perkataan saya ini bukanlah menghalang diri atau sahabat- sahabat daripada melaksanakan program- program, saya juga terlibat dalam hal ini. Tapi kadang- kadang kita tidak pandai untuk menyeimbangkan masa untuk keluarga dan tanggungjawab sebagai dai’e di luar. Selalu bibir dan hati bersuara,


“xpala, moga- moga mak bapak faham”, “xpala, bekorban masa dengan family untuk dakwah..”

Sahabat- sahabat, tidak kah kita terfikir akan hati ibu- bapa kita yang remuk dek perlakuan kita ini? Tidakkah kita fikirkan akan keinginan mereka untuk merasa akan kasih sayang kita setelah beberapa bulan kita tidak bersama mereka? Penantian mereka untuk bersama kita itu sungguh sakit sebenarnya. Padahal disebutkan di dalam kitab yang kita agung- agungkan:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Al- Israa’ : 23)

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Al- Ankabut : 8)

Adakah ini tanda kita tidak berbuat baik pada mereka? Tanda kita tidak kasihkan mereka? Tanda kita mementingkan orang lain daripada keluarga sendiri? Masing- masing punya jawapan.. Kita telah laksanakan tanggungjawab di luar sebagai da’ie, tetapi kita lupa akan tanggungjawab untuk menjadi anak- anak yang soleh dan solehah. sekali lagi, diharap bersangka baik..

Wallahu’alam…

“Ya ALLAH, Ya TUHAN ku, ampunilah segala dosa kesalahanku dan dosa kedua ibubapaku serta kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku pada masa aku masih kecil. Ya ALLAH, ampunilah segala dosa kaum muslimin dan muslimat. Mukminin dan mukmninat samada yang hidup atau yang telah mati”.AMEEN…

P/S: Nasihat Khas ku tujukan buat diri sendiri, kepada pembaca sila ambil yang baik- baik saja..Sekadar membiarkan hati berbicara..


read more...