ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, June 28, 2009

Solat Dhuha: Pembuka Pintu Rezeki

“Lina, kalau kakakmu dulu kan, ndak pernah dia tinggalkan solat dhuha.. Tu la sampai sekarang Allah ndak pernah berenti kasi dia kesenangan.. Periksaannya.. kerjanya.. tengok, senang kan dia sekarang? ikut la macam dia.. bukan susah pun, 5 minit pun boleh sudah” kata ibu saya dengan penuh rasa cinta. Begini la nasihat ibu suatu ketika dulu. Memang betul, bila kita mengerjakan solat dhuha, pintu rezeki akan di bukakan. Inilah tanda kesyukuran kita dan tanda betapa kita mengharap bantuan dari-Nya, kerana DIA lah Maha Pemberi.. Kita mahu, jadi perlulah meminta..


Apa yang anda faham tentang Solat Dhuha? Bila soalan ini saya ajukan kepada seorang sahabat, ini jawapannya: “solat dhuha merupakan solat yg di lakukan selepas naiknya mentari dlm anggaran satu tiang.”


Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).Sesuai dengan maksud Dhuha, iaitu pagi.


Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa. Biarpun ianya hanyalah satu amalan sunat, tetapi tidak bererti ianya tidak penting dalam proses kita mendekatkan diri dengan Allah. Begitu banyak kebaikan yang kita akan peroleh selama kita mengerjakan amalan baik dengan konsisten dan istiqamah. Tapi, yang wajib tetap didahulukan.


Ada banyak hadis menyebut tentang kelebihan solat Dhuha. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:


“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,”.


Dikatakan, waktu afdal melakukan solat Dhuha adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan hadis Nabi s.a.w. oleh Zaid bin Arqam:


“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”


Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).


Di kalangan para ulama, yang masyur dikatakan, Solat Dhuha paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma ada juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal adalah empat rakaat (dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Solat Dhuha bukanlah sesuatu yang berat untuk dikerjakan. Ia sama seperti solat sunat yang lain. Malah, ianya dapat membantu kita dalam menyegarkan tubuh badan setelah beberapa jam bekerja. Kita istilah kan 5 minit Dhuha kita adalah sebagai waktu ‘rest’ kan otak dan anggota tubuh. Ianya juga sebagai senaman ringan setelah lama duduk bekerja di dalam pejabat contohnya. Tidakkah ianya suatu nikmat pada kita? Janganlah kita memandang amalan ini sebagai sesuatu yang berat untuk dikerjakan, pastinya kita akan malas dan tidak semangat untuk mengerjakannya dan mungkin juga kita tidak akan istiqamah. Asal kita ikhlas dan menepati syarat, InsyaAllah kita temukan keindahan mendekati-Nya.


P/S: Hidup hanya sekali, rasa rugi bila tidak mengerjakan suatu amalan sedangkan kita tahu yang kita mampu untuk melakukannya. Takut ianya akan menjadi penyesalan kita bila ajal tiba tanpa persediaan. Jangan berlengah dalam mengerjakan amal..


"Ya Allah, Kaulah Penguasa langit dan bumi, Pemberi rezeki dan kesenangan kepada seluruh ciptaanMu. Aku hamba yang lemah dan sentiasa inginkan pertolongan dariMu. KepadaMu hamba memohon, bukakanlah pintu rezeki buat diri hamba. Andai saja rezeki buat hamba ada di langitMu, turunkanlah. jika ianya masih di dalam bumi, maka keluarkanlah, jika ianya masih jauh, dekatkanlah dan jika ianya tidak nampak,perlihatkanlah. Kaulah yang mengetahui kehendak dan keperluan setiap hambaMu. Namun, jika sesuatu yang hamba mohon itu akan memusnahkan diri hamba, jauhkanlah hamba dari berkehendakannya. Engkau sajalah yang mnegetahui segala- galanya. Ameen Ya Allah.."


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

5 comments: on "Solat Dhuha: Pembuka Pintu Rezeki"

Ameen Muslim said...

salam...
sebelum ni kawan saya selalu ajak solat dhuha tapi terlalu jarang saya amalkan.
alhamdulillah selepas baca post ni,tergerak di hati saya untuk mengamalkannya.
lagipun sebelum ni tiada yg dapat bagitau secara jelas tentang solat dhuha dgn saya.
syukran atas postnya.

wallahu 'alam.

aisyah_hanin said...

w'salam..
yer,sama2 kita amalkn..
Allah lah yg mnjdi pggerak stiap hati kita.. Dia-lah pmberi hidayah..

[C]lair[V]oyanc3 said...

Solat dhuha sememangnya merupakan satu solat dan doa yang membuka pintu rezeki Allah...
Pengurus HPA sdn. bhd. tidak akan mula perkejaan beliau sebelum solat dhuha, begitu juga dgn Tuan Guru...
Rasullulah s.a.w pernah bersabda klu bkn sbb beliau risaukan sahabatnya wajibkan solat dhuha, dia tidak akan meningglkan solat tersebut...
semoga solat dhuha bkn aje menjadi pembuka pintu rezeki kami, tetapi juga menjadi pembuka pintu syurga kami, pelengkap bagi solat fardhu kami, dan jg pemangkin kepada ketaqwaan kami...wallahu 'alam.

Al Quran said...

Sangat menarik pencertiaan dan penerangan artikel ini & mudah bagi setiap muslimin membuat rujukkan. Terima kasih kerana berkongsi pemahaman tuan berkenaan Solat Dhuha.

noranoraini said...

Alhamdulillah.. pohonlah dari Allah.. Allah suka kita meminta2 dariNya..