ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, August 24, 2008

SIFAT DAN AKHLAQ RASULULLAH S.A.W


Hmmm..Rasulullah adalah kecintaan ana..dan juga kecintaan sahabat2 semua..kali ni ana nak kongsi gambaran tentang Rasulullah s.a.w..
moga rasa cinta kita bertambah..

Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia berkata, "Pernah aku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun bin Abi Haala kerana dia adalah seorang yang pandai sekali dalam menyifatkan tentang peribadi Rasulullah SAW, dan aku sangat senang sekali mendengarkan sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan.

Maka katanya, "Rasulullah SAW adalah agung dan diagungkan, wajahnya berkilauan bagaikan bulan purnama, tingginya cukup (tidak pendek dan tidak jangkung), dadanya lebar (bidang), rambutnya selalu rapi dan terbelah di tengahnya, rambutnya panjang sampai pada hujung telinganya, dan berambut banyak, mukanya bergabung menjadi satu, di antara kedua alisnya ada urat yang dapat dilihat pada waktu Baginda sedang marah, hidungnya membungkuk di tengahnya dan kecil lubangnya, nampak sekali padanya cahaya, sehingga orang yang memperhatikannya mengira hidung Baginda itu tinggi (mancung). Janggutnya (jambang) lebat, bola matanya sangat hitam sekali, kedua pipinya lembut (halus), mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang, pada dadanya tumbuh bulu halus, lehernya indah seperti berkilauan saja, bentuknya sedang, agak gemuk dan gesit (lincah), antara perut dan dadanya sama (tegak), dadanya lebar, di antara dua bahunya melebar, tulangnya besar, kulitnya bersih, antara dada sampai ke pusarnya ditumbuhi bulu halus seperti garis, pada kedua teteknya dan pada perutnya tidak ada bulu, sedangkan pada kedua hastanya dan kedua bahunya dan pada dadanya ditumbuhi bulu, lengannya panjang, telapaknya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang hujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak terkena tanah apabila Baginda sedang berjalan, kedua telapak kakinya lembut (licin) tidak ada lipatan dan kerutan. Apabila berjalan derapan kakinya itu terangkat tinggi seolah-olah air yang sedang jatuh (jalannya ringan, kakinya terangkat, tetapi tidak seperti jalannya orang yang sombong), jalannya tunduk dan menunjukkan kehebatan, apabila berjalan, maka jalannya agak cepat bagaikan dia turun dari tempat yang tinggi, apabila menoleh, Baginda menolehkan seluruh badannya, matanya selalu tertunduk ke bawah, dan pandangannya sentiasa memperhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, selalu berjalan dengan para sahabatnya, dan selalu memulai dengan salam apabila Baginda berjumpa dengan sesiapa pun."
read more...

Thursday, August 7, 2008

TIPS KAEDAH BELAJAR YANG SISTEMATIK

Masa kita banyak untuk hiburan atau ibadah dan ilmu???Tepuk dada, tanya iman...


Sebenarnya ana baru balik dari meeting nih. Hampir terlupa untuk merencanakan sesuatu kt blog..hmm,ana nak kongsi dengan sahabat-sahabat mengenai tips kaedah belajar yang sistematik..ana rasa ni penting supaya kita boleh menjadi contoh kepada mukmin lain..
Kita harus menjadi kebanggaan orang Islam..
Moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dariNya...

Kita hanya mampu berusaha, tapi Allah lah penentu segalanya...
Ada beberapa kaedah,yakni,

Record
- Catatkan kuliah yang disampaikan dalam kolum A
- Gunakan perkataan singkatan yang dapat difahami oleh anda semasa mencatat
nota.

Reduce
- Baca nota yang dicatatkan dan kenalpasti isi utama, isi sokongan, contoh dan
bina soalan sendiri.
- Catatkan maklumat yang dikenalpasti dalam kolum B.

Recite
- Lihat semua isi utama dalam kolum B dan sebut semula dengan sepenuhnya maksud isi utama dalam perkataan sendiri.
- Lihat semula nota yang dicatatkan dalam kolum A bagi memastikan ketepatan apa yang anda katakan.

Reflect
- Buat refleksi terhadap nota yang ditulis seperti :
a) Apa yang telah saya fahami
b) Isi-isi yang dicatatkan
c) soalan-soalan yang dibina
d) kekuatan dan kekurangan nota
e) teknik mengingat uang berkesan

Review
- Sering melakuakn ulang kaji terhadap nota yang dicatat
- Ulangkaji dilakukan sebelum kuliah bermula dan selepas waktu kuliah.
- Ulangkaji sewaktu masa terluang seperti menunggu bas, menanti sahabat dan sebagainya.

Recapitulate
- Buat rumusan hasil daripada nota yang dicatatkan dalam kolum C.
- Rumusan yang dibuat dengan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud sebenar.
- Buat rumusan bagi setiap muka surat yang dicatatkan nota.
- Buat rumusan keseluruhan nota yang dikuliahkan di muka surat akhir dengan menggabungkan rumusan pada setiap muka surat nota yang dicatat.
read more...

Tuesday, August 5, 2008

MAMPUKAH AKU??

Terasa ingin ku mendekatiMU,
Terasa jiwa ingin terus memikirkanMU,
Namun, makin hampirku denganMU,
makin besar ujian memburu.
Mungkin inilah yang mengujiku,
Lama mana & sekuat mana cintaku padaMU..

Tapi..
Hakikat diriku lemah & xberdaya,
Sentiasa kalah dengan nikmat dunia,
Berikan aku kekuatan Ya ALLAH..
Supaya sentiasa berjuang demi agama.
Berikan aku keteguhan iman & taqwa,
Supaya sentiasa berada di medan perjuangan,
bersama sahabat yang lain,Ya ALLAH..
Bersihkan hati yang kian di cemari..
Suluhkan cahaya keimanan yang akan mampu
menyinar di gemerlapan malam yang gelap gulita..
Kelak bila aku mati,
aku dijanjikan nikmat syurga firdausi yang harum mewangi..
SEINDAH AGAMAKU,
PERINDAHKAN JUGA PERIBADIKU..

Aisyah hanin
read more...

Monday, August 4, 2008

Salam Rindu Sayang Dari Kejauhan..

Saat ini, semua sahabat- sahabat sudah di buai mimpi indah.. tapi keinginan untuk menulis sesuatu memuncak lantaran terdengar gunturan guruh yang cukup mengejutkan. Tika ini halwa telinga ana tengah didendangkan dengan satu lagu yang tiba- tiba membuatkan ana tergerak untuk membelek- belek photo gallery dalam badan baby ni (notebook la..) Lagu yg dimaksudkan sebenarnya lagu ‘Pertengkaran Kecil’ alunan kumpulan Edcoustic. Serasa ada kebasahan di pipi ini tatkala melihat kenangan- kenangan bersama sahabat- sahabat seperjuangan di bumi Tawau selama cuti akhir semester 2 bulan kiranya. Terlalu besar kenangan yang dikongsi di Program KRIS 3, SMK Merotai Besar Tawau. Saat itulah ana peroleh ramai sahabat- sahabat baru dan juga dalam masa singkat punya adik- adik yang ramai. Ana begitu rindu dengan pengisian dan tarbiyah dari sahabat- sahabat tika itu. Hmm... sebenarnya lagu tu membuatkan ana teringat pada Program BPC kt Islamiah.. masa tu terlalu beza bilangan sahabat yang turun padang untuk melaksanakan program. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan persiapan untuk pulang ke universiti. Di akui, sedikit kekacauan akibat kekurangan AJK dan Fasilitator untuk menghandle adik- adik pewaris bangsa bumi Tawau. Dengan berkat keprofesionalan ukhti2 dan sahabat2 muslimin, Program itu akhirnya tetap berjaya diatur sebagaimana dalam perancangan. Juga teringat dengan Program Zoom In Nisa yang dikendalikan oleh Nisa’ Tawau. Sekali lagi ana turun padang kerna sudah terlalu rindukan sahabat2, adik2 didikan, dan rindu untuk beramal.. terasa dekat dengan-Mu Ya Rabb.. betul la, kita harus memilih sahabat- sahabat yang soleh seandainya kita mahu berasa dekat dengan Allah insyaAllah... jika ingin tahu tingkahlaku seseorang, kita perlu melihat kepada sahabatnya, ini kerana sahabat kita adalah cermin bagi diri kita. Hm, ana xdpt gambarkan kegembiraan tika itu, banyak lagi yang ana ingin kongsikan, tapi cukup setakat ini, nanti banjir lak... akhir kata, Salam Rindu Sayang Dari Kejauhan buat sahabat2 seperjuangan di bumi Tawau(PSS, MARSIS, NISA’, UNIT AMAL, dan PERPPIS). Moga Allah memberi rezeki untuk ana pulang segera ke bumi Tawau untuk meneruskan kerja dakwah, moga dengan itu diri ini dengan diri-Nya semakin dekat, maka semakin dalamlah cinta ana pada-Nya.. Moga keikhlasan untuk beramal akan kekal dan moga ana tidak lari dari perjuangan. insyaAllah..
TAKBIR!!!Allahu akhbar!!!
(betul rindu pada naungan ini).
read more...

UKHTI oh UKHTI...

Kita tidaklah sesempurna mana..tapi cuba jadi yang terbaik..
Penulisan ini bukan lah dari ana..tapi dari sahabat ana,Luqman..ana nak kongsi dengan antum antunna sekalian..
Moga ianya akan memberi sedikit kesan pada diri kita yang sering alpa...

Buat segenap remaja puteri yang bergelar muslimah yakni mereka yang mengimani Allah dan hari akhirat. Ini adalah peringatan bagi kamu. Perhatikanlah dengan segenap jiwa dan berfikirlah.

Wahai wanita yang mengimani Allah sebgai rabbnya , islam sebagai dinnya dan Muhammad sebagai nabi dan rasulnya. Pernahkah kamu mendengar seruan Allah kepada kamu yang berbunyi :

“ Wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk pada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Surah Al-ahzab: 32

Dan ingatlah wahai sahabat muslimat sekalian,

“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan- apabila Allah dan rasulnya telah menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Surah Al-ahzab: 36



Wahai ukhti bacalah dan jangan terpedaya. Berfikirlah akan peringatan yang Allah turunkan kepada kamu. Berhati-hatilah kamu akan era modenisasi yang mana kehinaan telah mengatasi keutamaan. Janganlah kamu terpedaya dengan pengaruh ‘dajjal’ dan syaitan yang sedikit demi sedikit membawa kamu kepada jurang kebinasaan. Berhati-hatilah terhadap sebarang anasir yang membawa kamu kepada arah bertabarruj dan apa yang saya khuatiri ialah yang membawa kamu kepada membuka aurat. Sedarlah kamu akan serangan si syaitan dan ‘dajjal’ yang bersembunyi di bawah nama PERADABAN, MODENISASI, GLOBALISASI DAN KEBEBASAN HAK ASASI. Berfikirlah kamu dan tetaplah kamu berpegang akan Al-quran dan hadith yang merupakan panduan utama kita yang bergelar muslim. Wahai puteri islam, tetapkanlah pendirian kamu, tetapkanlah pegangan kamu tentang apa yang diterangkan kepada kamu. Janganlah kamu keluar rumah menunjukkan perhiasan kamu, berjalan lenggang-lenggok, sanggul kepala kamu bagaikan bonggol unta dan meletupkan nafsu si kaum adam. Ini semua hanya membahayakan diri kamu sendiri. Allah berfirman,

“ Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”
Surah Al-an’am: 116

Maka wahai saudariku tetapkanlah pendirian kamu tentang apa yang telah diterangkan kepada kamu dalam Al-Quran. Akhir sekali janganlah kamu malu bertaqwa dan berbusana iman (menutup aurat). Janganlah kamu pedulikan celaan mereka yang masih jahil. Allah telah berfirman,
“ Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan
orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri(mencemuhnya).”

Surah Al-Muthafifin: 29-30

sekian wahai ukhti @ mereka2 yang membaca penulisan saya ini moga kita semua diberi taufiq dan sedar akan hakikat kehidupan ini yang merupakan permainan semata-mata. Kita hanya singgah sebentar sahaja di bumi fana ini. Kita akan kembali padaNya dan ini merupakan sesuatu yang pasti. Maka angkatlah kembali kemuliaan kamu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Jika ada silap tolong komen. Ada masalah @ silap sila perbetulkan. Sungguh Allah lebih mengetahui. Wassalam

DEATH
read more...

Saturday, August 2, 2008

Dinginnya Subuh..

All I do, I dedicate to you,my Rabb..


hari kian cerah,
subuh sedang menanti gilirannya,
sepertiga malam ku sambut dengan dua rasa,
antara mau @ tidak.
Ku lawan nafsuku, atas dorongan sahabatku,
Aku bangkit bertemu MU sebelum Subuh melayarkan waktunya..

Walau sekejap,tapi nikmatnya ku rasakan,
Andai ada hari esok untukku,
Berikanku kekuatan seperti pagi ini,
Jauhkan bisikan syaitan yang kian mencemar jiwa,
Terima kasih sahabat..kau memang layak di gelar sahabat sejati,
Pendorong semangat buat ku…
Terima kasih tuhan..kerna menganugerahkan sahabat sepertinya,
Alangkah indahnya jika mereka berada bersamaku,
Sentiasa menasihatiku dan menerangi hati yang kian gelap,
Iman mereka yang teguh buatku terasa ingin terus bersama mereka...
Agar ku tak lari dan syaitan susah menguasai diri…
-aisyah hanin-
read more...

Aku Cinta PadaMU..

I LOVE U ALLAH!!!


Tuhan,
Hadirkanlah cintaku untukMU,
Wujudkanlah kasih yang berpanjangan dariku buat RasulMU,
Semaikanlah rasa cintaku pada sahabat-sahabat RasulMU,
Kuatkanlah ikatan kasih sayangku pada keluarga dan sahabat-sahabatku,
Moga dengan itu bertambahlah cinta dan rasa kasih sayangMu kepadaku…

Tuhan,
Jauhkanlah aku dari cinta duniawi,
Cinta pada harta dan kedudukan,
Cinta pada kemewahan dan kecantikan,
Dan cinta kaum adam yang melalaikan..

Tuhan,
Andai aku ditakdirkan jatuh cinta,
Ku harap cintaku untukMU tidak akan luntur,
Ku harap cintaku padanya tak melebihi dan melalaikan,
Ku harap cintaku kerana cintanya padaMU Ya Allah,
Jika hilang cintanya padaMU, Hilang jugalah cintaku untuknya..

Tuhan,
Dunia ini terlalu perit untuk dilalui,
Onak dan ranjau yang berduri kian menusuk dan menikam jiwaku,
Semakin tua aku di dunia yang fana ini,
Semakin besarlah dugaan yang menimpa diri,
Rasa bertuhan kian hilang,
Kasih sayangku kian pudar,
Ke mana harus ku bawakan diri ini Ya Allah..
Apa dosa yang aku lakukan sehingga Engkau menjauhkan aku dariMU?

Tuhan,
Andai esok tiada untukku,
Izinkan aku mendambakan cintaku hanya untukMU,
Terlalu kerdil diri ini, adakah aku wujud di pandanganMU?
Adakah aku salah seorang yang akan merasai nikmat berada di jannahMu?
Ataupun akulah salah seorang yang merasai bahang api nerakaMU?
Aduh! Jeritan batinku kian menerkam dan membakar..

Oh Tuhan..
Sungguh payah aku mendapatkan rasa cintaMU,
Beruntunglah orang soleh,hebatnya cinta mereka padaMU,
Hingga makan tidur tak lena kerna mengenangkan dosa padaMU,
Aku bilakah lagi Tuhan? Dapat sedikit pun jadilah..
Bilakah akan ku hidupkan malam ku?
Di waktu orang mimpi,aku sibuk memujaMU,
Merintih padaMu..Oh,indahnya nikmat sebegitu..Kurniakan padaku Tuhan…
-aisyah hanin-
read more...

Pemimpin Yang Berjaya...

WAKE UP!!!


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, akhirnya blog dah dapat di buat kat hostel..jadi lebih banyak yang boleh di kongsi dengan sahabat2 sekalian...

Seminggu lepas, ana baru pulang dari bumi Selangor untuk menghadiri Majlis Konvensyen MPP 2008. Ana dan sahabat2 seuniversiti menginap di UKM Bangi. Program 3 hari tersebut dilaksanakan di Esset,Bangi. Bila ana datang ke tempat seperti itu, majlis yang sebegitu, dengan orang- orang yang hebat dan bertata-susila, ana jadi malu, menjadikan ana pun jadi professional macam diorang.

Antara semua slot, ana tertarik dengan satu slot yang mengujakan semua kepimpinan yang haidr pada masa tu. Tidak seorang pun tidur, padahal slot sebelumnya ramai yang kurang memberi tumpuan. Ceramah Motivasi yang di sampaikan oleh Datin Paduka Mazlina(Wanita Malaysia Pertama Yang Menawan Puncak Everest), ana seperti bangun dari kelalaian. Apa yang penting,ana dapat peroleh semangat untuk menjadi orang yang berguna dan cuba untuk menjadi pemimpin yang berwibawa.Slot yang disampaikan adalah slot mengenai Pemimpin yang Berjaya. Beliau berkongsi tips dan ana juga nak kongsi dengan sahabat2...ini dia..Beliau memberikan satu formula yakni,

C+O+C+O+N+U+T K+I+S+S = COCONUT KISS

Hehe..bunyinya pelik kan??Tapi yang penting makna di sebalik coconut kiss tersebut..Jom kita tinjau..

C - Communication
O - Organize
C - Confident
O - Overall
N - Neutral
U - United Stand
T - Trainer

K - Knowledge
I - Initiative
S - Skill
S - Smart

bila mana kita faham dan ada semua sifat kat atas ni,insyaAllah kita akan contoh pimpinan yang baik..Tapi, apa yang di maksudkan dengan sifat2 coconut kiss tu kn?ni nk kongsi..

C - Communication
Kita tau, melalui kata-katalah hati manusia yang keras bisa luluh, dengan kata sayang contohnya jiwa seseorang akan luruh, dan dengan kata- kata yang tajam jugaklah perasaan benci wujud. Kenapa?cara kita berkomunikasi amat mempengaruhi seseorang atau semua yang di hadapan kita. Bagi seorang pemimpin, bnda yang harus diperhatikan adalah cara kita berkomunikasi(Communication Skill). Ada sesetengah orang bila menuturkan sesuatu, sangat tidak jelas. Orang kata, mau tidak mau jer bercakap. Ini akan menimbulkan ketidaksenangan hati pendengar. Pendengar pastinya tidak boleh fokus pada apa yang kita perkatakan. Ketika menggunakan mikrofon contohnya, kita harus memastikan butir percakapan kita sentiasa clear dan bukan mumbling!! kita juga harus punya intonasi tinggi rendah ketika menyampaikan sesuatu, bergantung pada apa yang kita perkatakan. bila kita meninggikan nada suara, ini akan menarik perhatian pendengar dan ia juga dapat menunjukkan yang kita sangat menekankan perkara yang kita perkatakan.hm..lihatlah pemimpin ketika mengemukakan manifiesto mereka..bersemangat kita mendengarnya bukan..?

kita akan sambung sesi ini di posting lain..hehe..nantikan..
read more...