ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Thursday, August 7, 2008

TIPS KAEDAH BELAJAR YANG SISTEMATIK

Masa kita banyak untuk hiburan atau ibadah dan ilmu???Tepuk dada, tanya iman...


Sebenarnya ana baru balik dari meeting nih. Hampir terlupa untuk merencanakan sesuatu kt blog..hmm,ana nak kongsi dengan sahabat-sahabat mengenai tips kaedah belajar yang sistematik..ana rasa ni penting supaya kita boleh menjadi contoh kepada mukmin lain..
Kita harus menjadi kebanggaan orang Islam..
Moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dariNya...

Kita hanya mampu berusaha, tapi Allah lah penentu segalanya...
Ada beberapa kaedah,yakni,

Record
- Catatkan kuliah yang disampaikan dalam kolum A
- Gunakan perkataan singkatan yang dapat difahami oleh anda semasa mencatat
nota.

Reduce
- Baca nota yang dicatatkan dan kenalpasti isi utama, isi sokongan, contoh dan
bina soalan sendiri.
- Catatkan maklumat yang dikenalpasti dalam kolum B.

Recite
- Lihat semua isi utama dalam kolum B dan sebut semula dengan sepenuhnya maksud isi utama dalam perkataan sendiri.
- Lihat semula nota yang dicatatkan dalam kolum A bagi memastikan ketepatan apa yang anda katakan.

Reflect
- Buat refleksi terhadap nota yang ditulis seperti :
a) Apa yang telah saya fahami
b) Isi-isi yang dicatatkan
c) soalan-soalan yang dibina
d) kekuatan dan kekurangan nota
e) teknik mengingat uang berkesan

Review
- Sering melakuakn ulang kaji terhadap nota yang dicatat
- Ulangkaji dilakukan sebelum kuliah bermula dan selepas waktu kuliah.
- Ulangkaji sewaktu masa terluang seperti menunggu bas, menanti sahabat dan sebagainya.

Recapitulate
- Buat rumusan hasil daripada nota yang dicatatkan dalam kolum C.
- Rumusan yang dibuat dengan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud sebenar.
- Buat rumusan bagi setiap muka surat yang dicatatkan nota.
- Buat rumusan keseluruhan nota yang dikuliahkan di muka surat akhir dengan menggabungkan rumusan pada setiap muka surat nota yang dicatat.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

3 comments: on "TIPS KAEDAH BELAJAR YANG SISTEMATIK"

Seeker said...

wa...blog ke-2 dah?haha...
erm...tepuk dada, tanya imam...sejak i keluar dari jerat tersebut, I memang guna banyak masa dalam ilmu drpd hiburan.
Kaedah2 tu semua sgt bagus, tapi bagi i, i rasa yg terpenting adalah kefahaman. kalaun u faham sesuatu, u dah dpt 50% drpd keseluruhan.tinggal lagi 20% adalah usaha dan ulangan(Revise in Repeatation), dan 30% tu di tangan Allah.Tu sebab nak dpt A or 4.00 kena lor bantuan Allah, terutama kalau u bukan sahaja nk cemerlang dlm akademik tp coco juga...I am on the way to achieve it, how about u?

aisyah_hanin said...

hm...usaha ttp ada..n kebergntungn dgn Allah bkn 20% jer..hadirkan Dia pd stiap prbuatan...

aisyah_hanin said...

eh,30%...
bg i..yg pnting tahu,fhm,aplikasi,istoqamah and tawakkal+doa...smua terserah dr Allah..xsmua yg kita usaha akn dpt dlm masa tu jga,klu xbrjaya pasti ad hikmat..mgkin kejayaan yg lbih besar Allah tlh sdiakn buat kita kelak..yg pnting jgn ptus asa..
Allah Maha Adil,Maha Bijaksana..di kurniakan insan yg bijak pndai,sderhana dan kurg pndai..klu smua pndai,rosaklah alam nih..Allah yg mnetapkn stiap ssuatu..