ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Monday, August 4, 2008

Salam Rindu Sayang Dari Kejauhan..

Saat ini, semua sahabat- sahabat sudah di buai mimpi indah.. tapi keinginan untuk menulis sesuatu memuncak lantaran terdengar gunturan guruh yang cukup mengejutkan. Tika ini halwa telinga ana tengah didendangkan dengan satu lagu yang tiba- tiba membuatkan ana tergerak untuk membelek- belek photo gallery dalam badan baby ni (notebook la..) Lagu yg dimaksudkan sebenarnya lagu ‘Pertengkaran Kecil’ alunan kumpulan Edcoustic. Serasa ada kebasahan di pipi ini tatkala melihat kenangan- kenangan bersama sahabat- sahabat seperjuangan di bumi Tawau selama cuti akhir semester 2 bulan kiranya. Terlalu besar kenangan yang dikongsi di Program KRIS 3, SMK Merotai Besar Tawau. Saat itulah ana peroleh ramai sahabat- sahabat baru dan juga dalam masa singkat punya adik- adik yang ramai. Ana begitu rindu dengan pengisian dan tarbiyah dari sahabat- sahabat tika itu. Hmm... sebenarnya lagu tu membuatkan ana teringat pada Program BPC kt Islamiah.. masa tu terlalu beza bilangan sahabat yang turun padang untuk melaksanakan program. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan persiapan untuk pulang ke universiti. Di akui, sedikit kekacauan akibat kekurangan AJK dan Fasilitator untuk menghandle adik- adik pewaris bangsa bumi Tawau. Dengan berkat keprofesionalan ukhti2 dan sahabat2 muslimin, Program itu akhirnya tetap berjaya diatur sebagaimana dalam perancangan. Juga teringat dengan Program Zoom In Nisa yang dikendalikan oleh Nisa’ Tawau. Sekali lagi ana turun padang kerna sudah terlalu rindukan sahabat2, adik2 didikan, dan rindu untuk beramal.. terasa dekat dengan-Mu Ya Rabb.. betul la, kita harus memilih sahabat- sahabat yang soleh seandainya kita mahu berasa dekat dengan Allah insyaAllah... jika ingin tahu tingkahlaku seseorang, kita perlu melihat kepada sahabatnya, ini kerana sahabat kita adalah cermin bagi diri kita. Hm, ana xdpt gambarkan kegembiraan tika itu, banyak lagi yang ana ingin kongsikan, tapi cukup setakat ini, nanti banjir lak... akhir kata, Salam Rindu Sayang Dari Kejauhan buat sahabat2 seperjuangan di bumi Tawau(PSS, MARSIS, NISA’, UNIT AMAL, dan PERPPIS). Moga Allah memberi rezeki untuk ana pulang segera ke bumi Tawau untuk meneruskan kerja dakwah, moga dengan itu diri ini dengan diri-Nya semakin dekat, maka semakin dalamlah cinta ana pada-Nya.. Moga keikhlasan untuk beramal akan kekal dan moga ana tidak lari dari perjuangan. insyaAllah..
TAKBIR!!!Allahu akhbar!!!
(betul rindu pada naungan ini).
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Salam Rindu Sayang Dari Kejauhan.."