ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, March 22, 2009

HALAL PRODUCT!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Sedikit perkongsian hati hari ini.. beberapa hari ini saya tidak dapat menyumbangkan apa- apa entry atas sebab internet line yg ber’problem’. Cuma yang menarik semalam, saya dapat hadiri satu majlis ilmu bertajuk ‘HALAL PRODUCT : A CREDITATION AND DEVELOPMENT’ anjuran fakulti FASA. Alhamdulillah, memang tak rugi kita menghadiri majlis ilmu. Banyak sangat yang saya dapat.

Penceramah, Ustaz M. Amri drpd Pegawai JAKIM. Ceramah menyedarkan diri ini betapa perlunya menjaga segala benda yang masuk ke kerongkong ini. Bukan kerongkong jer, tapi semua bahagian la. Ustaz turut mengingatkan kami agar memilih dengan teliti produk2 kosmetik dan produk2 makanan yang kita gunaan dalam kehidupan seharian, termasuklah makanan basah seperti ayam, daging lembu, sosej, fishball dsb. Pastikan yang HALAL saja. Dan andai kita rasa was- was dengan ke’halalan’ sesuatu produk tu, ingatkanlah diri dengan satu hadis daripada Abi Abdillah Al- Nu’man bin Bashi r.a bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Sesungguhnya yg halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara- perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram……” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingin dikongsikan, cara pembuatan kicap, sosej, kueh tiew dan bebrapa produk lagi buat saya geli dan melihatkan pembuatan barang2 tersebut kurang baik (mungkin di sesetengah kilang yang tidak bersih). Begitu juga dengan ayam2 dan ikan keli yang di bawa masuk secara haram daripada Thailand kebanyakan HARAM untuk dimakan. Hati2 sahabatku…

Yang menariknya, Ustaz ada bertanyakan either kami suka untuk makan sosej, ayam KFC, burger dan semua makanan2 barat? Pastinya ramai yang mengangguk. Ramai yang menyangka. Makanan barat semua baik. Tapi perlu diingatkan, makanan2 tersebut kurang baik. Dahla berkolestrol, mahal plak tu…

Rupanya susah jugak kerja JAKIM ini. Bukan senang nak beri lessen ‘HALAL’ pada suatu produk makanan. Tapi, tahniah Malaysia!! daripada 47 buah Negara di seluruh dunia, rupanya logo HALAL M’sia yang paling diiktiraf dan yang paling baik sekali cara pengendaliannya. Penting untuk saya dan sahabat- sahabat sefakulti untuk tahu maklumat yang disampaikan selama 2 jam lebih tu. Bukan apa, kami kan bakal menjadi pengusaha pengeluar produk2 Pertanian. Satu tanggungjawab untuk menjaga yang halal dan menjauhi yang syubhah lagi2 haram. Anda pun perlu hati2 dengan makanan yang anda ambil dalam seharian. Kot2 ianya tak halal. Kalau halal pun, pastikan ianya baik untuk kesihatan.. Itu baru tepat dengan kehendak syariat, yakni ‘Halalan Thoiyiban’ (Halal lagi baik).

Sekadar membiarkan hati bersuara…..Wallahu’alam…

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "HALAL PRODUCT!!"