ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Monday, February 23, 2009

SEPANAS MENTARI

“Panasnya Kelantan nih…” rungut sorang sahabat. Hm..ana pun meng'iya'kan sebab memang betul, bahang kepanasan Kelantan agak kontra jika dibandingkan dengan 3 minggu lepas. Sepanjang bulan Januari baju- baju kat ampaian payah nak kering, setisp student sedia payung sebelum hujan and kalau dalam kuliah semua ber'sweater' dan asyik nak tutup air- cond ajer.. Saat itu juga teringat kalamullah yang menyentuh perihal orang yang tidak mahu pergi berjihad dalam suatu perang akibat dek panas terik. Firman Allah s.w.t;

........mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah dan mereka berkata, ”Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini.” Katakanlah (Muhammad), ” Api neraka Jahanam lebih panas,” Jika mereka mengetahui.
( At- Taubah : 81)

Terkenangkan itu, terus ana beristigfar dan terus memuji-Nya kerna betapa ana tidak sabar dengan ujian. Baru panas terik macam tu ana dah mengeluh. Belum kat akhirat kelak."Ya Rahman.. Wa kina azaabannaar..." Ringkas doa di hati kerdil ini.

Sepanjang perjalanan balik ke kediaman kepala ni ligat 'rewind' benda yang ana baca kat library tadi. Al- maklumla.. malam nanti ada 'Test' Chemical in Agriculture. Jalan punya jalan ana ditegur oleh seorang sahabat,

"Lyn, ada berita terbaru. Timbalan Menteri tak jadi datang untuk rasmi Program kita 27hb Feb ni. Saya pening dah ni. Program kena tukar macam plan asal dulu la…"

"Subahanallah…" berdiri lesu ana kat depan dia. Bukan sebab gembira, tapi kepala yang ligat memikirkan fakta tadi bertukar untuk fikir hal program plak. Baru ni program BIDADARIKU dirancang dengan baik. Tapi tiba- tiba pulak pihak di Jabatan Canselori maklumkan yang Timb. Menteri nak datang turun padang join sekaki masa program wanita tu.

Masa tu, memang kecoh satu U. Plan semua dirombak dan program kecik bertukar jadi besar. Student2 yang nak buat lawatan dibatalkan. Semua kelab persatuan sibuk ber'meeting' sampai ke lewat malam untuk bantu dalam perancangan. Memang frust masa tu. Ana letak jawatan dalam Program Komuniti Kauseling untuk program 28hb tu sebab nak tolong handle program BIDADARIKU ni. Tapi nampaknya beliau tak jadi datang. Lega sedikit walaupun terpaksa ubah plan balik.( tak pa Lyn, ujian kecik nih.. innallaha ma’assoobiriin...)

Ana balik ke library untuk ulangkaji. Kerusi belum panas dah ada 'message' pertama masuk,

"Lyn, uruskan banner dengan cepat." Ringkas arahan Pengarah projek lepas berita Tim.Menteri tak jadi datang tu heboh.

"Salam. Lyn, amacam dengan group nasyid kita nih? Alat muzik tak sampai lagi.."

"Salam. Lyn, bila nak keluarkan syarat pertandingan busana muslimah?"

Ish, apsal semua ana yang kena urus ni.. tadi kepala serabut dengan fakta, sekarang dipenuhi dengan kerja program plak.. satu- satu ana settle kan benda- benda tu dan akhirnya aman untuk revise.

”Malam ini ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Shariman. Muslimin Muslimat dijemput hadir” alamak! Laju tangan menepuk dahi. Ana ada test la malam ni.. ruginya..

Abis jer test pukul 10.15 malam tu, ana keluar makan (sebenarnya tak lapar, tapi teman sahabat- sahabat nak makan). Meeting program 'Menggapai Angkasa' pukul 10.30 malam ana tak pergi. Insyaallah sahabat- sahabat faham, ana nak buat flash, banner and latihan nasyid malam tu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan mata pun tertutup rapat sekitar jam 3 pagi tadi….oya, ni banner ringkas kami..


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "SEPANAS MENTARI"