ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Thursday, January 1, 2009

HIJRAH KERANA ALLAH


Alhamdulillah, setinggi rasa puji dan syukur dirafakkan kepada Allah s.w.t, Pencipta dan Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan Dia jualah yang menyesatkan kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya. Satu ruang masa yang sedikit lagi diberikan buat ana menaip sedikit ayat untuk berkongsi ilmu bersama sahabat- sahabat yang dikasihi...

Dikesempatan ini, belum terlambat rasanya untuk ana mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah ( 1 Muharram 1430 H). Sujud syukurku kepada Ilahi yang masih memberi nafas buat diri untuk meneruskan hidup dan mengabdikan diri pada- Nya. Moga kesempatan yang ada ini bisa ana gunakan untuk memperbanyakkan taubat kepada- Nya, di samping menambah ilmu di dada. Setahun berlalu seakan terlalu pantas seolah- olah membisikkan bahawa tiada masa untuk kita bermain- main dan membuang masa. Sungguh Allah s.w.t telah mengingatkan kita agar sentiasa menghargai masa. Teringat pesan Luqman Al- Hakim kepada anaknya yang bermaksud,

"Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi."

Tahun Baru, lembaran baru juga harus dibuka, cerita tahun lepas dibuat pengajaran agar ianya tidak berulang lagi. Tahun Baru adalah waktu untuk kita berazam untuk berhijrah kepada yang lebih baik, baik dari segi iman, amal, ilmu atau akhlak. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al- Mulk ayat 2, yang bermaksud;

"Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun."

Jadi, bersama- samalah kita memperbaiki dan meningkatkan amal kita yang sebelumnya. Moga Allah s.w.t melimpahkan rahmat kepada kita dan meredhai atas apa yang kita kerjakan. Bersama kita berhijrah, membersihkan diri dari kejahatan, disebut dalam suatu hadis, yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan An Nasai’ menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang yang berhijrah itu ialah orang yang berhijrah yakni meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad yakni berjuang itu ialah orang yang berjuang melawan hawa nafsu".

HAYATI SIRAH RASULULLAH S.A.W DALAM HIJRAH BAGINDA. MOGA KITA MENDAPAT PENGAJARAN DARINYA... HIJRAH KERANA ALLAH...

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "HIJRAH KERANA ALLAH"