ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, November 16, 2008

~SAAT DIRI DITERBANGKAN DI UDARA~

Alhamdulillah, setelah 55 minit perjalanan dari Kota Bharu - LCCT, ana sampai jugak dengan selamat..saat ini ana just duduk diam2 jer kat LCCT nih..dah xda tempat nak tidur..lagipun esok pagi2 selepas waktu subuh, ana dah berangkat ke kampung halaman tercinta pula. Teringat gelagat sahabat2 ana yg turut serta menghantar ana ke airport Kota Bharu td. Semua ceria. Ana terharu punya sahabat2 yang prihatin macam mereka ni. Jarang- jarang kita boleh jumpa. bAgi ana, mereka tersangatla prihatin. Ana duduk sebilik dengan diorg semua ni pun tidak la smpai 4 bulan, tapi sikap mereka sentiasa membuat kita ingin terikat dengan mereka. Siapa tidak bangga punya sahabat seperti mereka..
Tapi ini bukanlah persoalan atau cerita utama ana tuk posting kali ni..Hm, ana sebenarnya ingin berkongsi sedikit mengenai perasaan ana tiap kali pulang ke kampung ataupun setiap kali menaiki kenderaan..Tapi kali ni biarlah ana bercerita tentang rasa hati untuk pulang ke kampung ni..
Ya, gembira memang ada. Tapi sebearnya di sebalik gembira tu terselit satu perasaan yang lebih dari perasaan gembira yakni kematian. Mugkin peristiwa kemalangan masa ana form 3 dulu buat ana sedikit fobia dan sentiasa berwaspada.. Mati, siapa sangka bila dan di mana kita mati.. seminggu sebelum pulang ke kampung pasti rasa hati ini bercampur baur. Ana akan cuba pastikan ana tak berhutang lagi.Ana suka berpesan dengan sahabat terdekat ana,
"Kalau esok2 aku dah tak ada, tolong sampaikan salam maafku pada semua ya..Dan minta mereka halalkan makan, minum, hutang, ilmu dan semua..kot2 terlepas pandang kan.."
Setiap kali ingin menaiki kenderaan, degupan jantung ana ni Allah sajalah yang tahu. Syahadah, doa, selawat, zikir macam tidak mahu dihentikan untuk menitip di bibir ni..Betapa malunya menghadao Allah andai saat itu juga nyawaku melayang, padahal aku belum betul2 melaksanakan tugasku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.. Sering terfikir di benak, di mana tempatku andai perjalanan ini menempah kematian?syurga@neraka? Kita tahu jawapan kita sebenarnya.. ringkasnya, kematian ini boleh berlaku bila2 msa saja, dalam kita hendak melakukan sebarang kejahatan,sentiasalah ingatka diri kita dengan MATI. Moga berita itu akan menakutkan dan menambah kegerunan kita kepada balasan Allah s.w.t di hari pembalasan kelak. bersegeralah kita membaiki diri dan beramal soleh. Bersama kita tinggalkan sifat mazmumah kita, perbanyakkan sifat mahmudah..Moga kita di terima oleh-Nya..
read more...

Mujahidah Sejati


berita harian,7 oktober 2008
Jurutera UMS maut, tiga cedera nahasPAPAR: Seorang jurutera Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut manakala tiga penumpang, iaitu adik dan dua sepupunya cedera selepas kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandunya terhumban ke dalam gaung di Kilometer 41 Jalan Keningau-Kimanis, di sini malam kelmarin. Mangsa, Nur Khairiah Singka, 27, dari Tawau meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Syafika, 16, serta sepupunya, Nur Shahirah Aziz, 20, dan Siti Aishah Bakri, 20, cedera ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan (ASP) S Saravanan, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari Tenom ke Kota Kinabalu.Katanya, kenderaan terbabit hilang kawalan ketika menaiki bukit sebelum terhumban dalam gaung dan tersangkut pada sebatang pokok. Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Papar untuk bedah siasat manakala adik dan dua sepupunya hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya.


Hmm..hakikatnya,aisyah tidak hanya cedera ringan~.Tapi Aisyah telah meninggal dunia..

Sdih saat kehilangan sahabat yang begitu kental dalam perjuangan..Biarpun ramai yang tidak mengenalinya, namun sifat peribadinya yang lemah-lembut mampu menarik hati dan mengikat hati-hati kami semua..Ya,dialah mawar berduri. Sunyi tidak bererti dia tidak giat,tapi diamnya bererti dia seorang wanita solehah yang sepatutnya menjadi contoh untuk muslimah yang lain..


'Ya ALLAHU Ya RAHMANU Ya RAHIM...

Aku bersujud memohon kepada-MU, lembutkanlah hatiku selembut hati sahabatku Aisyah..

Tegarkan aku dari mendengar tohmahan2 yang sentiasa menyakiti hatiku,

Lapangkan dadaku untuk menerima semua fitnah dan kejian dari orang sekelilingku,

Harapanku aku akan tetap di jalan-MU..

Amalku hanya untuk-MU. bukan manusia di sekililingku..

Redhailah jalan perjuaganku..

Moga ujian ini akan tetap meletakkan aku untuk lebih dekat pada-MU,

dan bukan menjauhi-MU..

Perkenanlah doa kudus hamba-MU yang hina ini..

Amin Ya Rabbal Aalamiin..'
read more...

Monday, November 10, 2008

EXAM LAGI~

10/11/08 : 2.30-4.00ptg : ETHICS, PROFESSIONAL AND MORAL
Hm..paper Ethic ni kira mncabar jgk bg kami..Sedikit curiga..masa mnjwb satu stgh jam..tp, kna siapkn 6 esei sekaligus..Ramai yg kata xsempat siapkn semua soalan..Yer la, mmg xsempat.. Ana pun sama, xdapat nk bajet masa..xpe la..tawakkal jer..Hrpnyer pemeriksa xlokek markah.. Untuk paper ni, banyak yg bermonolog,
"Giler weh,mana sempat nak siapkan...!"
"Markah yg d bg utk soalan byk la..rasa risau plak kalu tulis sikit jer..tp masa xcukup nih.."
"Fuh,nasib baik soalan tu yg kluar kn?xjugak payah.."
"Mak ai...soalan Motorola tu awl2 lagi kmi dh tolak utk baca n revise semalam..xsngka tu plk yg kluar..xlogik2..xlogik.."
"Lyn, gi la jumpa dgn Puan Wan Tik,cakap kt Puan yg soalan dia xrelevan dgn msa yg diperuntukkn..Sekurang-kurangnya Puan ble konsider nnt.."
Hm..byk lagi..apa2 pun, ana rasa perlu redha and teruskan untuk berjuang dgn 2 lagi paper..
Allah akn tgk usaha kita sblm tgk hasilnya..So, usaha selagi mampu, pasti Allah akn bntu kelak..
read more...

ADAB DAN BERKAT BERGURU..

Hm..semalam ana luangkan sedikit masa untuk membaca tulisan terkini UZAR..
Ana tertarik pada satu artikel yg UZAR post kn untuk bacaan pembaca..
Bukan apa,benda ni sgt2 relate dgn kehidupan kita sebagai student kt Universiti terutamanya..
Begitu jugak dgn pelajar2 skolah..harap kita dapat ambil pengajaran dan fikir2kan lah apa yg UZAR katakan tu..
Memang kita ni dah hilang adab berguru la..amacam la ilmu2 yg diperoleh tu nak berkat kn?
Untuk ikuti kisahnya..Sila link di sini..
read more...

Sunday, November 9, 2008

Antara sedia atau tidak...

09/11/2008 : 9.00 am - 12.00 pm :
BIOMETRIC AND EXPERIMENTAL DESIGN PAPER....

Alhamdulillah..dah lepas satu paper..killer paper..4 jam kredit..tapi kejadian dalam dewan peperiksaan pagi ni sedikit mengejutkan kami...
"I'm sorry, you cannot bring any notes. Please leave it outside.", Mdm Khoo memberi arahan.
Apa lagi, kami pun terkejut dengan penyataan Mdm Khoo selaku pengawas peperiksaan hari trsebut.
"But our Prof already told us that we can bring anything inside this folder," Annie Lo cuba nk back up smua..kedengaran sahabat2 yg lain trut mngangguk..
"ok..please take your sit."
Fuh,Alhamdulillah..sedikit lega kami rasakan. Habislah klu smua xboleh bawak. Prof Nawi dh bgtau yg untuk paper ni, ktorg bole bwk anything.. so semua pun bawak la nota ringkas dan sdkit tutorial kt dlm dewan. Hm..seingat ana, sem lepas, pelajar yg ambil paper ni lagi dasyat. Diorg dibenarkan untuk membawa buku rujukan sekalipun..
15 minit sebelum paper bermula..semua sibuk melengkapkan mklumat diri pada borang dan muka depan buku jawapan. Sedikit tenang, walaupn air- conditioner pagi ni agak mndinginkan, tapi masih bole berlega hati..
"Ok..please take out all your notes inside your folder.. No tutorial, no notes!".
Kedengaran suara Dr. Hishamuddin dari arah blkg.. MasyaAllah, sebahagian daripada pelajar sedikit terkejut dengan arahan tersebut..apa taknya, sebahagian ilmu diturunkan dalam nota tu..student mula cuak..semua dengan paksa rela mngeluarkan dan mnyerahkan nota2 tersebut kpd beliau.. Memang tak puas hati masa tu..Allah jer la yang tau apa yang ana dan sahabat2 rasa..
"Arlina, please take it out now.."lembut Dr.Hisham mnegur..saat tu jugak beliau check folder ana, yer la,..kot2 ada lagi yg tertinggal..apa yang ana fikir masa tu, ana kena jujur..dah kata xboleh,tak boleh la..walaupn sedikit terkilan dengan arahan baru tu..di waktu paper nk mula plak tu..ada jugak yang naik bengang,
"Apa ni..Prof Nawi kata boleh, Beliau dah bagi kebenaran.bdk2 sem lepas pn boleh..apsal kami xboleh plak nih..dah la arahan last minit..tgh nk jawab periksa plk tu..".
Semua ana tolak tepi. Yang penting sekarang, kena tenang.(sebab dah gabra sangat dengan kejutan nih).boleh tak boleh,blkg cerita..15 minit untuk membuang segala nota2 dlm folder selesai..Semua kmbali tenang..Tak siapa berani melawan dah..Muka Prof Nawi pun xmuncul2 lagi..Hm..nmpknya,mmg sukar ckit la nk mnjwb soalan2 ni...
Kertas soalan dibuka.. Saat ni, ana just buat usaha yang terakhir, formula2 yg ana bole ingat, ana turunkan dlm buku jwpn..Agak pening, yer la..kaedah2 yg ana susun ada dlm nota2 yg d ambil td tu..Hm..ni la akibat kalau xhafal n btul2 fhm..Ana hadirkan nada2 zikir smbil2 mata pena tu bergerak..Saat ni semua orang betul2 perlukan pertolongan Allah, ilham dan petunjuk dari Allah..
3 jam berlalu, buku jawapan mulai dikutip..semua meninggalkan dewan peperiksaan dgn senyap..Tiada siapa mmpu melafazkan kata...Hm..faham2 la kenapa...Sampai ke bilik, semua sahabat mula merungut, mengeluh dan ada sedikit kesal dgn jwpn msing2..semua mula bincang2 jwpn, xkurang plak yg bdiam diri..
"bo la..tokse bice doh.."
"Guano nih, ore tokde jawab td..byk ksong.."
"Alamak..xsngka plak soalan tu yag kuar..klu baca part tu msti dapat jwb..syg tol.."
"Oh my God. I hope I will not repeat this paper for the next semester..tak snggup dah bdepan dengan subjek nih.."
ni la antara jawapan2 yang diberikan..Ana? mungkin di antara mereka jugak..mcam2 dirasa.. Sekarang hanya boleh betawakkal..doa byk2..moga2 Allah mmbntu kita..Strive untuk 4 paper lagi..esok paper Ethic,Prof and Moral plak..Wish me luck..
p/s: Andai byk latihan rasanya tak perlu bring any notes bole jwb dengan baik dah..silap sendiri terlalu bwrgantung dengan nota2 dan latihan yg lepas..tmsuk budak2 DEKAN pn..Harap kita semua dapat ambil pengajaran dlm hal nih..
Ya Allah,jauhi aku dari perasaan ingin menyerah kalah dan berputus asa. Sesungguhnya, ada byk lagi dugaan dan cabarab yg perlu ku tempuhi di hadapan sana..Moga Kau tetap hadir dalam memberi ketenangan dalam jiwaku.. Moga Stiap urat nadiku, darahku dan anggotaku tak henti2 memuji-Mu dan mmbesarkan-Mu..
Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan yg kami lakukan di muka bumi..Sesungguhnya hanya Engkau pemberi dan pemilik ilmu..Hanya pada-Mu kami memohon pertolongan, terutama di kala waktu genting mahupun tenang..Ameen..
read more...

Monday, November 3, 2008

EXaM..


Makan study, minum study, tido study, nak g toilet pun ingat study!! Sepanjang masa asyik ingat study ja. Kenapalah susah sangat study nih???! Boleh tak kalu tak study???!!

Ayat di atas adalah salah satu contoh ayat yang dilontarkan oleh sesetengah kita diambang peperiksaan.

Wahai rakan-rakan sekalian, janganlah berfikiran sperti di atas. Ingatlah Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:


“Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”


Allah mengetahui akan setiap kemampuan hambaNya. Segala tanggungjawab yang diberikan olehNya kepada kita adalah sesuatu yang sanggup kita memikulnya. Tidak kiralah betapa beratpun bebanan itu ditanggung. Malahan adakalanya kita berasa penat, lemah atau berat tapi itu hanyalah kepenatan yang sementara.


Ayat tersebut memberi motivasi pada kita dan merangsang kita untuk berjuang dalam akademik kita. Hal ini kerana kita sebenarnya sanggup untuk melakukannya. Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia tidak membebankan kita dengan bebanan yang tidak sanggup kita memikulnya sebagaimana Dia telah membebankan umat terdahulu.Allah telah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2:


“Apakah manusia mengira bahawa mereka telah dibiarkan hanya dengan mengatakan,’kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?”


Kuatkanlah semangat, buka fikiran, pandanglah jauh kehadapan dan,
BERUSAHALAH!! SEMOGA BERJAYA!!
read more...