ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, November 16, 2008

~SAAT DIRI DITERBANGKAN DI UDARA~

Alhamdulillah, setelah 55 minit perjalanan dari Kota Bharu - LCCT, ana sampai jugak dengan selamat..saat ini ana just duduk diam2 jer kat LCCT nih..dah xda tempat nak tidur..lagipun esok pagi2 selepas waktu subuh, ana dah berangkat ke kampung halaman tercinta pula. Teringat gelagat sahabat2 ana yg turut serta menghantar ana ke airport Kota Bharu td. Semua ceria. Ana terharu punya sahabat2 yang prihatin macam mereka ni. Jarang- jarang kita boleh jumpa. bAgi ana, mereka tersangatla prihatin. Ana duduk sebilik dengan diorg semua ni pun tidak la smpai 4 bulan, tapi sikap mereka sentiasa membuat kita ingin terikat dengan mereka. Siapa tidak bangga punya sahabat seperti mereka..
Tapi ini bukanlah persoalan atau cerita utama ana tuk posting kali ni..Hm, ana sebenarnya ingin berkongsi sedikit mengenai perasaan ana tiap kali pulang ke kampung ataupun setiap kali menaiki kenderaan..Tapi kali ni biarlah ana bercerita tentang rasa hati untuk pulang ke kampung ni..
Ya, gembira memang ada. Tapi sebearnya di sebalik gembira tu terselit satu perasaan yang lebih dari perasaan gembira yakni kematian. Mugkin peristiwa kemalangan masa ana form 3 dulu buat ana sedikit fobia dan sentiasa berwaspada.. Mati, siapa sangka bila dan di mana kita mati.. seminggu sebelum pulang ke kampung pasti rasa hati ini bercampur baur. Ana akan cuba pastikan ana tak berhutang lagi.Ana suka berpesan dengan sahabat terdekat ana,
"Kalau esok2 aku dah tak ada, tolong sampaikan salam maafku pada semua ya..Dan minta mereka halalkan makan, minum, hutang, ilmu dan semua..kot2 terlepas pandang kan.."
Setiap kali ingin menaiki kenderaan, degupan jantung ana ni Allah sajalah yang tahu. Syahadah, doa, selawat, zikir macam tidak mahu dihentikan untuk menitip di bibir ni..Betapa malunya menghadao Allah andai saat itu juga nyawaku melayang, padahal aku belum betul2 melaksanakan tugasku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.. Sering terfikir di benak, di mana tempatku andai perjalanan ini menempah kematian?syurga@neraka? Kita tahu jawapan kita sebenarnya.. ringkasnya, kematian ini boleh berlaku bila2 msa saja, dalam kita hendak melakukan sebarang kejahatan,sentiasalah ingatka diri kita dengan MATI. Moga berita itu akan menakutkan dan menambah kegerunan kita kepada balasan Allah s.w.t di hari pembalasan kelak. bersegeralah kita membaiki diri dan beramal soleh. Bersama kita tinggalkan sifat mazmumah kita, perbanyakkan sifat mahmudah..Moga kita di terima oleh-Nya..

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "~SAAT DIRI DITERBANGKAN DI UDARA~"