ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Monday, November 3, 2008

EXaM..


Makan study, minum study, tido study, nak g toilet pun ingat study!! Sepanjang masa asyik ingat study ja. Kenapalah susah sangat study nih???! Boleh tak kalu tak study???!!

Ayat di atas adalah salah satu contoh ayat yang dilontarkan oleh sesetengah kita diambang peperiksaan.

Wahai rakan-rakan sekalian, janganlah berfikiran sperti di atas. Ingatlah Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:


“Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”


Allah mengetahui akan setiap kemampuan hambaNya. Segala tanggungjawab yang diberikan olehNya kepada kita adalah sesuatu yang sanggup kita memikulnya. Tidak kiralah betapa beratpun bebanan itu ditanggung. Malahan adakalanya kita berasa penat, lemah atau berat tapi itu hanyalah kepenatan yang sementara.


Ayat tersebut memberi motivasi pada kita dan merangsang kita untuk berjuang dalam akademik kita. Hal ini kerana kita sebenarnya sanggup untuk melakukannya. Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia tidak membebankan kita dengan bebanan yang tidak sanggup kita memikulnya sebagaimana Dia telah membebankan umat terdahulu.Allah telah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2:


“Apakah manusia mengira bahawa mereka telah dibiarkan hanya dengan mengatakan,’kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?”


Kuatkanlah semangat, buka fikiran, pandanglah jauh kehadapan dan,
BERUSAHALAH!! SEMOGA BERJAYA!!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "EXaM.."