Bismillahirrahmanirrahim..
Untuk hari ini, satu benda yang menarik buat diri.. Sekadar membiarkan hati bersuara…
Kelas Falsafah Ilmu hari ini dianjak ke pukul 2 petang. Tugasan baru diberi dan lecture hari ini hanya nak review soal jawab yang kami lalui Rabu lepas. Ia mengenai Kaedah Saintifik dalam penyelesaian masalah. Sejak belajar subjek ni, saya mula biarkan otak ni ligat berfikir dan tidak mudah untuk mempercayai suatu perkara. Setiap perkara yang kita dengar dan tahu perlu dikaji dan diteliti sebelum kita terima. Ianya perlu ada kebolehpercayaan dan kebenaran.
Nak diringkaskan, suatu soalan Dr kepada kami semua. Sentuh soal kaedah saintifik, tentunya ada kaitan dengan pengumpulan data. Soalan Dr bertanyakan tentang apakah data yang pertama dikumpul, tersusun rapi dalam masa yang panjang dan tepat? Kami pun semua berkerut kening, masing2 ligat mencari, siapa tokoh atau apa2 benda yang berkaitan seperti yang dimaksudkan. Tunggu punya tunggu, belum ada jawapan yang ditemukan, akhirnya Dr sedikit meninggikan suara, saat itu dia berada di hadapan saya dan mengajukan soalan itu kepada saya. Malangnya, saya hanya menjawab tidak tahu!!
Dr menaikkan buku tebal ditangannya seolah- olah ingin mengetuk kepala ni dan lagi meninggikan suara seraya berkata,

“Hei.. ini pun kamu tak tahu?? AL-QURAN lah….!!”
Tertunduk saya, betapa alpanya diri.. pelan2 hidung menjadi merah, mata berair dan terus menangis di situ jugak. Bukan nangis sebab ditengking beliau, tapi menangis sebab bermuhasabah, kenapa la saya tidak langsung terlintas untuk menjawab AL-QURAN.
Dr juga menyebutkan tentang bible yang dianggap sebagai kitab suci orang Kristian. Dr sengaja memberi statement bahwa Bible dan Injil bukan 2 benda yang sama. Seorang classmate (free- thinker) berbisik di belakang, akhirnya soalan diajukan kepada Dr,
“bukankah bible dan injil suatu benda yang sama??”
Dengan segera Dr menjawab,
“Hei, mestilah ianya berlainan…”
soalan itu diajukan kembali kepada seorang sahabat non- muslim. Nampaknya dia sedikit bingung untuk menjawab. Yang ada pada jawapannya hanya injil itu salah satu dari part dalam ‘new testimony’.
Dr akhirnya membuat persoalan,
“Al- Quran dan tafsir Quran sama?”
mestilah tidak kerna Al-Quran dalam bahasa Arab tapi tafsir dalam pelbagai bahasa. Injil dalam bahasa Nabi Isa tapi bible yang ada sekarang bukanlah yang asli. Tapi mereka masih tidak percaya akan kebenaran itu. Moga suatu hari Allah memberikan hidayah buat mereka..
Wallahu’alam…
Wallahu’alam…
0 comments: on "QURAN is the first data that have been collected truly"
Post a Comment