ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, November 16, 2008

Mujahidah Sejati


berita harian,7 oktober 2008
Jurutera UMS maut, tiga cedera nahasPAPAR: Seorang jurutera Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut manakala tiga penumpang, iaitu adik dan dua sepupunya cedera selepas kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandunya terhumban ke dalam gaung di Kilometer 41 Jalan Keningau-Kimanis, di sini malam kelmarin. Mangsa, Nur Khairiah Singka, 27, dari Tawau meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Syafika, 16, serta sepupunya, Nur Shahirah Aziz, 20, dan Siti Aishah Bakri, 20, cedera ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan (ASP) S Saravanan, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari Tenom ke Kota Kinabalu.Katanya, kenderaan terbabit hilang kawalan ketika menaiki bukit sebelum terhumban dalam gaung dan tersangkut pada sebatang pokok. Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Papar untuk bedah siasat manakala adik dan dua sepupunya hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya.


Hmm..hakikatnya,aisyah tidak hanya cedera ringan~.Tapi Aisyah telah meninggal dunia..

Sdih saat kehilangan sahabat yang begitu kental dalam perjuangan..Biarpun ramai yang tidak mengenalinya, namun sifat peribadinya yang lemah-lembut mampu menarik hati dan mengikat hati-hati kami semua..Ya,dialah mawar berduri. Sunyi tidak bererti dia tidak giat,tapi diamnya bererti dia seorang wanita solehah yang sepatutnya menjadi contoh untuk muslimah yang lain..


'Ya ALLAHU Ya RAHMANU Ya RAHIM...

Aku bersujud memohon kepada-MU, lembutkanlah hatiku selembut hati sahabatku Aisyah..

Tegarkan aku dari mendengar tohmahan2 yang sentiasa menyakiti hatiku,

Lapangkan dadaku untuk menerima semua fitnah dan kejian dari orang sekelilingku,

Harapanku aku akan tetap di jalan-MU..

Amalku hanya untuk-MU. bukan manusia di sekililingku..

Redhailah jalan perjuaganku..

Moga ujian ini akan tetap meletakkan aku untuk lebih dekat pada-MU,

dan bukan menjauhi-MU..

Perkenanlah doa kudus hamba-MU yang hina ini..

Amin Ya Rabbal Aalamiin..'

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Mujahidah Sejati"