ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Monday, August 9, 2010

~TERLALU LAMA~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Diri ingin berkongsi sedikit info yang saya rasa amat menarik buat pengetahuan umum, khususnya para wanita di luar sana.. Actually sorg sahabat yg tag saya kat FB brkongsi info, jadi saya pun ingin sebarkan sama..Penting jugak ni untuk org2 yang mau jaga kesihatan..

1. Terlalu lama. berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.

p/s: Ehee..kalau saya tu patut alert ngan terlalu lama no. 9..Al- maklumlah..cengeng sikit..hee..Wallahualam..

Sekadar membiarkan hari bersuara..

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "~TERLALU LAMA~"

Nizam Awang Brahim said...

Molek amat weh..Ande yang koi tak tahu..

~ i'm lonLy ~ said...

abis tu ape yg bule lame2?