ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, March 15, 2009

CORETAN LAWATAN MAHABBAH KE IIUM

Bismillaahirrahmaanirrahiim….

Alhamdulillah, perjalanan panjang tertangguh malam tadi. Perjalanan ke ‘Garden of Knowledge and Virtue’ atau mudahnya ‘Taman Ilmu dan Budi’ IIUM Gombak menyuntik satu semangat bagi sahabah dan sahabiah JT- UniPeN trmasuk diri ana sndiri, baik secara lgsung mahupun tidak lgsung. Subhanallah, suatu nikmat bagi kami kerna dgn keizinan –Nya, dipertemukan kami yg ingin saling bersilaturrahim dan brkongsi ilmu dan ke'profesional'an kelab Ma'ruf dalam pengurusan organisasi. Syukran kathiran buat akh dan ukht ahli Kelab Ma’ruf yg snggup meluangkan masa buat kami belajar dan mengutip idea bernas dalam menggerakkan operasi dakwah dan tarbiyah JT- UniPeN di UMK, hanya untuk Islam, untuk Allah s.w.t..

Coretan 12 Mac 2009 ( Khamis malam)
Kira – kira pukul 9 malam slps selesai solat Ishak, perjalanan ke IIUM yg mengambil masa 10 jam bermula. Kira2 pukul 3 pagi baru ana dpt lelapkan mata sebab nak lengkapkan slide yg Akh Hazreen (Pengarah Projek) buat. Sebelum tu memang asyik membaca, Alhamdulillah ada juga la 2 Hadith Qudsi beserta penerangan yg ana boleh dapat malam tu..

Coretan 13 Mac 2009
Tatkala mata terbuka, azan menjengah ke telinga. Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas dan nyawa buat diri untuk terus bergerak di jalan-Nya.. dalam keadaan ‘mamai2’, ana toleh ke sebelah kiri, mencari dari mana datangnya suara laungan memanggil ke arah kejayaan tu (Azan Subuh). Ana tersenyum lagi, kami betul2 berhenti di depan masjid. Tarbiyah pertama ana dpt subuh tu, ana prepare baju batik untuk di pakai pagi tu, tapi arhn baru keluar, kena pkai baju formal. First tu marah2 la jugak, tapi ana tau, “jgn letakkan emosi di hadapan, terlonjak2 gembira syaitan nnt”.Kata hati berbisik. Masuk masjid utk hemat diri dan terus tunaikan kewajipan sebagai muslim.. Lepas tu sarapan kat tepi jalan, tarbiyah ke-2, kena redah hujan, Lebat melampau.. Doa dlm hati,
Ya Allah, semoga rahmat hujan yg Kau kurniakan ini tidak mengganggu akn kesihatanku, agar mudah untukku menempuh jalan ilmu di hadapan” (semangat! Allahu Akbar!!).

Sesampainya di 'Taman Ilmu dan Budi', muslimin yg prihatin membantu muslimat untuk meredah hujan yg begitu lebat. Dikira memori indah jugak, bukan senang nak bermandi hujan ini, ini baru ujian kecil.. Bayangkan jika kita berperang di kala hujan lebat tu, rasa2 pegang senjata tgn kanan, pgg payung tgn kiri lagi ke ek? Ana bersyukur atas kesusahan, ana bersyukur pada ujian,

‘Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma,
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa,
Diuji tahap keimanan, sedangkan ramai terbiar di lalaikan,
Hanya yang terpilih sahaja, antara berjuta mendapat rahmat-Nya…’




Lukisan memori pagi itu...

Akh Hazreen arahkan anak2 buahnya ni ke Masjid UIA tu, duduk la sang puteri, berteduh dari hujan, menanti dgn debaran ukht Ma’ruf Club untuk ke Dewan Program (Al- Maklumla, tempat orang, besar plak tu, sesat nanti Ma’ruf Club pulak yg susah sbb kmi). Alhamdulillah, byk bnda yg buat ana berfikir pnjang dan menginsafi kekurang diri spnjg masa duduk dlm msjid tu. Pelbagai gelagat ana tgk. Akhirnya, muncul mujahidah2 Ma’ruf club membawa sekuntum senyuman yg begitu menawan buat kami. Sesi Taa’ruf xrasmi berlaku kt situ..

Sampai ke Aikol, Kuliyyah of Law sesi pun bermula. Banyak benda kami buat pagi ni, ucapan2, Ta’aruf, and ada slot. Hebat2 sahabat kat UIA ni, moga suatu masa kami pun boleh menjadi hebat sperti mereka, bukan untuk siapa2, tapi untuk Islam… Cara sahabat2 di sini mengendalikan program mengajar kami secara langsung tntg teknik dakwah berkesan. Lepas ta’aruf slot 2 bermula (Alamak, lupa plak nama slot). Slot ni kira macam Game dlm kumpulan. Sebelum game brmula, kami kena hadiahkan sahabat di sebelah kanan kita suntikan semangat dgn menulis first impression, pujian dan kritikan buat diri shbt tu. Hm.. ana punya? Agak menarik untuk dikongsi, for first impression and pujian tu ana rasa tak payah sebut kat sini, nanti mengundang riak plak. Lagipun benda tu tak smestinya betul..itu hanya pandangan orang kepada kita.. For the kritikan boleh la ana kongsi, si sahabat muslimin ni kata ana ni ‘kurang mesra’. Hm..dgn certain muslimin kot. Maaflah, InsyaAllah boleh diubah..

Kami dipecah kepada 3 group. Then, setiap group kna sediakan 10 soalan. Bila group lain dapat jawab, kita kena korbankan sorang sahabat kita kepada mereka, dan begitu jugak sebaliknya. Menarik, masa ni la kita mengasah otak yg kian berkarat ni. Banyak juga ilmu2 baru dari soalan2 sahabat yg ana boleh d ambil dan d simpan di kotak memori ni.

Sesi berakhir dengan paparan flash video pngenalan kepada Ma’aruf Club. Trutama pimpinan diorang. Mantap!!! Subhanallah…Kemudian kami makan di Cafe Economy sterusnya muslimin ke masjid untuk solat Jumaat dan yg muslimat ke masjid gak untuk solat jamak dan qasar (Zohor dan Asar). Berbeza dgn UMK, dah nama IIUM, pastinya belambak org luar Negara. Orang Melayu kira tnggelam jgk dek keramaian warga asing ni. Ada jugak la borak2 dgn diorg.. Main dgn anak2 diorg..Lagi yg menarik, kat sini pelbgai fesyen jubah n bju ada. Yg pelik2 pn ada. Tapi normal bg mreka. Hm, klu kt UMK, pakai bju yg pelik2 (pdhl menutup aurat) dh org mengata.. Tapi yg pakai tak tutup aurat biasa d mata mreka. Knpa dunia dah trbalik ek?

Kira2 pukul 2.30 ptg tu slot seterusnya bermula. Petang ni main 'kotak beracun'. Tapi bukan mcm masa kita kecik2 dulu, ni lebih ilmiah caranya. Siapa yang kena, wajib jawab soalan yg mana kebanyakan soalan berkisar tntg dakwah. Moga apa kita kongsikan dapat dipraktikkan di UMK. Suatu yg menarik, petikan kata2 seorang sahabat, “Dakwah itu seni”. Ana sokong! Dakwah punya banyak jalan dan cara. Tengok jugak pada siapa yg kita nak dakwah tu. Lagi satu, nak jadi pendakwah, kena siapkan diri dengan ilmu. Jangan hanya kita bergelar Da’ie, namun tidak punya apa2 untuk disumbangkan dan tidak punya ilmu untuk disampaikan. Then, sesi soal jawab, berkongsi dan bertanya tentang pengrusan oraganisasi. Mantap jugak! Syukran buat semua yg berkongsi..

Masa tu, Berkenalan juga dengan seorang Ukht Nurul Suhadah, sayap kiri perjuangan Akh Sya’ari. Mantap! Bak kata Ukht Rafidah, “Terbaik”. Siapa tidak kagum dengan Sri Kandi ni, dia memang Muslimah Perkasa, memang patut dapat suami perkasa.Moga boleh menjadi sepertinya..(Ameen) Hanya Untuk Islam… Ukht Nurul hidangkan kami dgn 2 klip video hasil kerja tgn suaminya. Klip memaparkan semangat juang para pimpinan2 Ikhwanul Muslimin (memang teresak- esak nangis, nasib baik gelap, jadi xda siapa tahu melainkan Allah s.w.t.. ) dan klip cerita Ashabul Kahfi. Slot Ukht ni byk menaikkan semangat kami dalam menegakkan kebenaran di bumi UMK nnt.. Moga perjuangan tidak berhenti stakat di UMK, tapi harus berterusan hingga ke hujung nyawa...Ameen..


Coretan petang program
5.30 petang slot berakhir, ana dan sahabat2 lain 'round2' UIA, cari ilham. Merenung kehebatan Allah s.w.t yg menciptakan alam semulajadi yg indah dan mengilhamkan kepada hamba-Nya akan senibina yg cantik di pandangan mata. Masa jalan2 tu, sempat jugak la terjumpa dengan dua sahabat masa ana sekolah dulu, Yati dan Pe’jah. kami dah macam adik- beradik. Tak mungkin dipisah, tak mungkin dilupa…

Sepetang bersama

Pukul 8 malam, semua berkumpul dan Majlis penutup bermula. Before that, ada sdikit tazkirah daripada sorg Brother dr Ma'ruf club, membawa kami mengenang akn perjuangan Rasulullah yg begitu kental dan berani. Ada satu slot lagi dgn Brother ni, mantap jugak. 'Slumber', 'sporting' dan 'ramah'. Malam ni slot menekankan pasal ‘leadership’ plak. Berhujah antara satu sama lain dan juga membuat cerita berangkai. Masing2 dapat intipati dan konklusi dlm aktiviti trsbut. Sebelum majlis berakhir, sorg lagi Brother membuat sedikit ucapan (kira ucapan jugak la..). Tertarik dgn Pak Arab ni, bhasa melayu ok, bhasa inggeris pn lancar. Terpana dikala beliau mengalunkan petikan ayat suci al- Quran. Cerita beliau membawa kami kembali ke zaman khulafa’ ArRasyidin. Dewan sepi.. masing2 muhasabah diri. Yg terdengar hanya kelantangan suaranya yg mampu mengobarkan semangat d hati siapa2 yg mndengarnya. Mantap!!

Then, sesi berkongsi ilmu beroganisasi di buka kembali, sambung yg petang tadi… Majlis berakhir selepas bertukar2 cenderahati dan semua merakam potret kenangan.. Oya, syukran sekali lagi pada Ma’ruf Club atas badge yg cantik lagi comel.. Malam tu kami yg muslimah tinggal kat rumah ukht kepada sahibi, Akh Mizi. Malam tu kami berta’aruf dan diberi pengisian ringkas. Ana akn ingat cerita 'Pensel dgn Tuannya' tu.. ana akn cuba jaga 5 pesanan tu..Pagi, bangun hemat diri dan solat subuh berjemaah. Then, direct bersiap untuk aktiviti pagi. Apa2 pun, thanks buat akak yg baik. Moga ukhuwah berpanjangan…

Terlalu byk perkara yg ana dapat, kepada sahabat2 yg pergi tu insyaAllah dapat jugak kn.. Kita pulang bukan dengan jiwa kosong, tapi harus ada semangat, dengan jiwa yg kental, idea yg banyak, dan kesungguhan untuk membuat satu reformasi di ‘Dunia Keusahawanan’ UMK nih! Semangat! Allahu akbar!

Coretan 14 Mac 2009
Pagi tu, kami keluar seawal 7.30 pagi untuk sarapan. Pagi ni agenda untuk melawat plak. Kami sempat ke Muzium Polis dan ke Planetarium. Muzium Islam tak boleh masuk la plak. Dengar2 ada sultan kat dalam tu.. tak pe, InsyaAllah ada rezeki, Allah mesti bagi peluang kami pergi lagi.. Yang menarik dalam Muzium Polis ni, ada satu potret tentang kedatangan Maulana Abdul Aziz sbgai pedagang ke Tanah Melayu (Gambar kat pelabuhan, solat jemaah bersama beberapa orang makmum). Masa tu la Islam mula berkembang.. Subhanallah… Hm, nak tau, rupanya pasukan polis kat dunia ni dah hampir 200 tahun. Dalam galeri ada byk bnda yg boleh dilihat trutama snjata rmpasan, pakaian seragam polis dari thun 1400 hingga skrg, dan snjata yg digunakan oleh psukan polis. Juga ditygkn klip sejarah Polis. Menarik jugak sejarah Polis di Malaysia ni ya..

Sekitar Muzium Polis dan Planetarium Negara

Selepas pukul 12 tghari, kami bergerak pulang. Satu ujian lagi, masa on the way balik tu, masyaAllah, ada satu kejadian yg mengejutkan kami semua. Bas kami berlanggar dengan lori Papan. Habis pecah cermin. Syukur, Allah masih memberi nafas. Nasib baik hanya kemalangan kecil..

Coretan pulang yang penuh ujian

Pukul 11.30 malam kami sampai ke UMK.. Harapnya semua yang pergi tidak hanya berkobar semasa di sana sahaja, jgn sia2 kan masa kita 3 hari tu dan masa shbt2 IIUM kt sana. Moga kita terus istiqamah dan dapat merancang sesuatu yg baik di masa hadapan… Takbir!!!ALLAHU AKBAR!!


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "CORETAN LAWATAN MAHABBAH KE IIUM"