ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, February 22, 2009

KEMBALI ke dunia MAYA..

Alhamdulillah.. setelah sekian lama akhirnya ada jugak wifi kat blok baru kami ni.. Terima kasih pada pihak pengurusan kolej dan universiti yang memahami keperitan kami yang terpaksa berulang- alik ke kampus untuk dapatkan wifi sebelum2 ni.. jadi sekarang mudahlah ckit (insyaAllah) bg ana untuk terus meneruskan penulisan di ruangan ni..

Ana malu jugak dengan sahabat2 alam maya sebab lama tak keluarkan tulisan. Bukan tak buat, buat jugak tapi tak ter'post' plak.. ke'busy'an amat tidak membenarkan ana untuk meng'post' artikel. Rugi jugak tak dapat kongsi cerita dengan sahabat2 sepanjang tempoh ini, bukan sedikit, banyak tau..
KEM KEPIMPINAN PERDANA SMKPC 1
Alhamdulillah, ujung minggu baru ni ana habiskan dengan Program Kepimpinan Perdana untuk adik2 SMK Pengkalan Chepa.. tak jauh, jalan kaki pun sampai.. lompat pagar jer.. (hehe). Lebih kurang 280 orang pemimpin sekolah tu mnyertai program yang kami buat ni, tapi bilangan urusetia dan fasilitator tak cukup la.. kecewa jugak. Tapi biar apa pun kami tetap teruskan sebab kami yakin Allah s.w.t akan tolong dan memudahkan setiap urusan hamba-Nya.. asalkan niat ikhlas (insyaAllah...)
PENGISIAN HARI PERTAMA
Program ini 2 hari 1 malam jer, tapi oleh sebab masa yang singkat tu la kena digunakan sebaiknya untuk sampaikan seberapa banyak input pada adik2 kesayangan ana ni.. Dalam program ni ana diberi mandat untuk pegang bahagian kerohanian, tapi oleh sebab sahabat2 yang jadi ’fasi’ tiba2 ada meeting kena jugakla ana jadi fasilitator untuk ganti sahabat ana. Ana kena jaga kumpulan ’KUCING’ (comel betul nama). Group ana antara group yang paling ramai. 37 orang semuanya. 37 orang bukan sedikit, nasib baiklah adik2 ni semua bagus dan mantap. Tak susah handle diorang..mugkin sebab pemimpin pelajar kan..

Petang Khamis tu, ada sesi taaruf dan sedikit slot 'game' daripada saudara Khai. Then petang tu ada sedikit senam robik. Malam tu plak slot ceramah dengan Kak Bie. Seronok adik2 tu mendengar. Kak Bie sibuk ber’ceramah’ kat depan, ana and sahabat2 lain plak sibuk buat soalan isu semasa untuk adik2 ni bincangkan untuk slot ana esok.. memang pening nak cari topic. Tapi alhamdulillah, berkat kerjasama sahabat dan ilham dari Allah yang sememangnya sentiasa membantu dapat jugakla dikira mantap soalan2 tu.. hm.. aktiviti akhir untuk hari tu 'Burung Pungguk'
. Nak nilai sejauh mana keberanian adik2 nih bila bersendiri. Biar lebih berani. Bila dalam ketakutan malam, memang Allah tempat adik2 ni bersandar. Dengan mata yang bertutup, kami yang bertindak untuk mengganggu ketenteraman adik2 dapat lihat bagaimana gelagat mereka nih. Semua mengharap perlindungan dari Allah. Ana bangga jadi hamba-Nya...
PENGISIAN HARI KE-2
Pagi esoknya lepas kuliah subuh yang sedikit menggeramkan hati ( sebab adik2 ramai yang tidur), hehe..mungkin adik2 ni penat dengan aktiviti lewat malam semalam tu.. kami adakan riada ringkas and terus ke slot ceramah oleh kak Bie. Lepas slot kak Bie, slot ana plak. Pengucapan awam.. nak tengok sejauh mana kehebatan adik2 ni berdepan dengan orang ramai.. dengan lakonan adik2 yang mantap hasil 'komplot' yang dibuat oleh ana untuk meng’kondem’kan orang yang tgh bersyarah, memang berhasil membuka mata semua.. harap2 adik2 dapat ambil pengajaran supaya dapat berdepan dengan orang ramai kelak.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KEMBALI ke dunia MAYA.."