ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Sunday, February 1, 2009

ISLAMIC BORNEO CAMP (IBC)


Alhamdulillah..cuti Tahun Baru Cina tahun ini (26- 29 Januari 2009) tidak berlalu dengan sia- sia. Program IBC anjuran MARSIS (Markaz Siswa- Siswi Islam Sabah Sarawak) pada kali ini berjaya membuka mata mahasiswa Borneo yang menunutut di Semenanjung Malaysia supaya menyayangi dan mempertahankan Islam.


Tema tahun ini adalah 'Ukhuwah Tertaut, Islam Tertaut'.Pertemuan anak- anak Borneo di Kem Herba Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor ini adalah untuk mengikat hati- hati mahasiswa supaya tertanam dalam jiwa akan sikap ingin mengerjakan memimpin, berdakwah dan mengislah terutama di bumi Borneo. Seperti yang kita sedia maklum, bumi Borneo semakin lemas dihimpit isu Kristianisasi yang kian meruncing dan tersebar luas di bumi Borneo. Seharusnya mahasiswa Islam tidak lagi tidur dan harus mengambil peduli akan hal ini.


Dalam kem ini, kami diedahkan tentang keindahan dan makna Islam yang sebenar dan turut didedahkan dengan isu Kristianisasi serta isu Palestin yang kian hangat diperkatakan. Antara pengisian (Tajuk) kuliah yang menjadi pilihan MARSIS untuk hidangan peserta adalah;


a) Keikhlasan Dalam Beramal Satu Tuntutan oleh Ust Hendri Hamsah

b) I am a Great Muslim (Proud To Be Muslim) oleh En, Ahmad Subhi Marzuki

c) Cabaran Mahasiswa dalam Peribadi Muslim Yang Sejati oleh Cr Nik Syaharul Apizo Safien

d) Kristienisais Di Bumi Kita (Borneo) oleh Hj. Nicholas Sylvester@Muhammad Bin Abdullah

e) Hidup Untuk Memberi

f) Ibadah Sbg Tanda Hidup Bertuhan oleh Ust Badrul Naim (MPP UMKL)

g) Forum Kepimpinan dan Dakwah Islam di Kampus oleh Mohd. Syazni Munir (PMIUM) dan Mohd. Nasrun Mohd Din (UIAM)

h) Antara Dua Cinta oleh Ustaz Nik Syuharul Apizo Safien

i) Motivasi Pagi (Kejayaan Pelajar Muslim dan Bahaya Kejahilan) oleh Ustaz Musdar


Hm..ni baru kuliah, belum masuk bahagian LDK dan Explorace. Di sini kami tidak hanya menerima teori sahaja, namun kami juga diberi peluang untuk turun ke dunia sebenar dakwah di kawasan tersebut. Ada banyak lagi ilmu pengetahuan dan pengajaran yang boleh dipetik dari kem tersebut. Mudahan jika ada peluang ana akan kongsikan bersama lagi. Lagu Tema IBC kali ni adalah Bnigkai Kehidupan, Shoutul Harakah..


Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga buat FC dan semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah s.w.t memberkahi hidup antum dan semoga nur Islam akan terus mekar di hati kita semua..Semoga bertemu lagi di program- program akan datang..Wallahualam..


p/s: Maaf, gambar masa program tak dapat nak masukkan lagi...

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "ISLAMIC BORNEO CAMP (IBC)"