ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Wednesday, October 29, 2008

SENAMAN YOGA boleh pesong Aqidah Umat Islam??

Oleh BPPNS
" 29 Okt 2008. Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.
"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia , semalam.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.
"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.
Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
p/s: just prkongsian artikel..cni kta boleh tgk yg niat kta mmg baik nk tenangkn diri n jiwa,tp nmpknya jalan yg di ambil slh..hrp dpt kgsi pndpt mngenai hal ni..se7@tidak,itu tpulang pd diri nk nilai ssuatu bnda yg kta buat bgaimana..
read more...

Tuesday, October 28, 2008

MATI ITU PASTI~

“Mak cik doh tua mek weh..kubur kate mari doh la.. tokde nok g Mekah. Xde’ rezeki mek..tp dalam kitab ada kita diperintah buat amal, banyakkan la amal..”, ayat ni adalah pesanan terakhir mak cik Halimah masa kat Umah Orang Tua Sri Kenangan td..gerun di kala mendengarnya. Serasa ada takungan air kat mata yang hampir tumpah…

“Ish,xbaik cakap mcm tu mak cik..kawe yg mudo ni x tahu mati ms tua ko muda. Ntah2 pah ni mati doh..”

Hm..mgkin berlakunya dialog pasal ni yang buat ana bermimpi x best td…rentetan penat lepas melawat tadi, ana tertidur berapa minit. Hm, tapi mimpi jugak. Ana rasa macam flashback ke masa kemalangan 5 tahun lepas. Yer, tadi ana mimpi lebih keadaan pada kejadian 5 tahun lepas la.. Tapi bezanya kat dalam mimpi ni ana dh aware sbb pernah terjadi sebelum ni. Dalam mimpi ni plak (waktu mimpi kita ingt bnda ni btul kan..) Masa tu kemalangan, tersadai tepi jalan dan berlumuran darah. Ya Allah, Dia jer la yg tahu amacam ana rasa masa tu. Perkataan ‘tolong’ pun x boleh kluar,al-maklum la, mulut dah koyak dicarikkan besi.. Nangis pun ana xboleh, al-maklum la..darah yang mengalir kat kening, bibir, muka dan kepala lagi deras dari air mata. Zikir dalam hati jer la peneman ana, masa tu ana gagahkan perasaan, hati dan jiwa agar sempat bertemu mak ayah..

Keadaan yang sama kat mimpi ana tadi. Bezanya, dulu lepas beberapa ketika ada orang selamatkan.tapi tadi….. dulu badan pun xboleh gerak..al-maklumla..enjin kereta kt atas badan dan kepala ana berat sgt..hampir pecah kepala..barang2 asrama pun banyak jugak.. macam nak putus asa jer.. dulu terkurung dalam kereta, mimpi tadi tersadai di tepi jalan.. Last2 bangun tido, sebak, mcm nk nangis.. mimpi rupanya.. ana ingat ana kemalangan lagi sekali.. Ish, benda ni buat ana makin takut dengan mati.. Terima kasih Ya Allah sebab bagi mimpi macam tu tadi.. mimpi tu mengingatkan ana supaya makin sentiasa ingat pada mati, dan jugak beri peringatan tentang kejadian dulu.. betapa baiknya Allah tak ambil nyawa ana masa tu, padahal terlalu teruk kemalangan tu, mak n bapak pun xpercaya anak dia masih ada depan mata diorg.. ana lagi la..macam xpercaya boleh bukak mata lagi masa tu..

p/s : kepada sahabat2, mati itu pasti.. xmengira usia.. xsemestinya masa sakit.. mngkin sekejap lagi.. siapa sangka..Wa roja’na ilallah..

-Petang yang suram-
read more...

Sunday, October 26, 2008

25 oktober 2006 dlm sejarah~

HEPI BESDAY SYG....
sweet-2
25 october 2006
read more...

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UMK 2008/2009

CALON KERUSI UMUM - 3 kerusi
1. Mohd.Kamarul Aripin Bin Kasmori (menang) -YDP
2. Mohd.Nazri Hanapiah Bin Sudin (menang) - NYDP
3. Muhammad Termizi bin Hasni (menang) - Exco Kerohanian
4. Ean Wee Chen
5. Ezza Fatin Jamaluddin
6. Nik Nurfazlinda binti Nik Lah
7. Asraf Fizree Bin Mohammad@Abdullah
8. Mohd. Ismail Fahmi Bin Mohd Mazlan
9. Nur Nabilah Binti Aziz
10. Ahmad Nailan Bin Mohamad Najib
11. ganesan A/L Nallan@Periathambi
12. Daniel Teng Chin Loong

Fakulti Agro Industri & Sumber Asli (FASA) - 2 kerusi
1. Nur Easthiharah binti Mohmad Hairin (menang) - S/U
2. Nadiah Binti Mohd Aris (menang) - Bendahari
3. Leong Hong Yeng

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW) - 2 kerusi
1. Muhd. Yazid (menang tanpa bertanding) - Exco Sukan&Rekreasi
2. Muhd. Azhar (menang tanpa bertanding) - Exco Kolej Kediaman

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP) - 2 kerusi
1. Muhd Khairil Hazwan Bin Abdul Haris (menang tanpa bertanding) -
2. Nurul Aida (menang tanpa bertanding) - Exco Kebajikan

Gambar2 semasa hari pengundian di buat xdapat diambil sebab masa tu ana bersama sahabat sefakulti berada di Cameron Highlands..Untuk Fakulti ana (FASA), pengundian adalah melalui undian pos sehari sebelum pembuangan undi sebenar bagi pelajar lain.
read more...

Saturday, October 25, 2008

Dakwah????

Terfikir untuk mencoret sesuatu…ana nak share pasal dakwah atau dalam kata lain nasihat orang..mugkin peristiwa beberapa hari ni buat ana berfikir untuk menceritakan isu dakwah. Berdakwah ni memang penting. Berdakwah untuk sebarkan dan kembangkan Islam. Namun, dalam berdakwah harus kena dengan caranya.. bukannya mendakwah membabi buta jer.. nak berdakwah harus dengan ilmu dulu. Perkara penting, harus tahu method dakwah. Kena tau amacam nak berdakwah. Amcm orang nak terima dakwah kita jika cara tak kena?? Hehe..ni nasihat buat diri ana jugak la..

Selain tu, kita kena tau jugak apa yang kita nak dakwah tu.. takkan kita nak betulkan orang sedangkan diri kita pun xda pegetahuan tntg bnda yg kta nk btulkn tu.. Contoh, kita dakwah kat orang yang merokok ni bahaya..haram..melanggar perintah Allah.. Tapi bila orang tanya, boleh bagitau kenapa rokok tu haram? Boleh terangkan kenapa rokok tu bahaya? Boleh tunjukkan dalil mana yang sebut Allah larang kita merokok? Dusshh!!! Bagi orang yang tau cakap jer tanpa ada ilmu tentang bahaya dan haram rokok pasti lidahnya berat umpama ditindih batu pada masa tu..Dakwah tu biarlah sesuatu yang kita paham..

Tidak kurang jugak dengan orang yang cakap tak serupa bikin.. tidakkah kita takut pada amaran Allah s.w.t tentang hal ini?? Allah berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa- apa yang tiada kamu kerjakan." ( Ash-shaff:2-3)

"Hmm..klu macam tu tak payah kita tegah perkara- perkara mungkar yang kita masih buat. Buat yang kita tak buat jer la.."Aduh,jangan macam ni..bukan kita tak boleh berdakwah untuk perkara yang kita buat. Tapi, bila mana kita tahu suatu perkara tu perlu ditegah dan salah dengan jelas, maka kita harus cepat2 tinggalkan...bukannya tunggu diri sedar secara semulajadi.. Sahabat- sahabat, bukankah Allah juga pernah berfirman,
"Allah takkan merubah sesuatu kaum,sehingga kaum itu sendri mengubahnya".

Kita yang kena bawak diri kita supaya berubah. Selepas tu, kita kena bangun utk sedarkan orang plak. Ini kerana kita tidak boleh bermalas- malas dan tidak boleh menunda- nunda dalam mengerjakan suatu amal dan mencurahkan segenap kemampuan untuk membuktikan perkataannya dengan tindakan nyata!!!
Kesimpulannya, ilmu tu penting. Nak buat sesuatu kena dengan ilmu. Berdakwah kena ada ilmu...Sedarlah wahai sahabat. Jangan kita bertangguh.Allah mengingatkan,
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (ali Imran:104)

Jika benar kita mencintai Allah, pasti kita akan ikut jalannya dan bukan mencari alasan untuk tidak membenarkan perintah Allah.
"Katakanlah,'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa- dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali -Imran:31)

P/s: Ini peringatan buat diri ana jugak la yang kadang lalai dalam sesuatu perkara.. Sahabat- sahabat, teruslah menasihati ana selagi sahabat tidak mengajak kepada kemungkaran..


read more...

Friday, October 24, 2008

HIDUPNYA HINDU MATINYA PUN HINDU

Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja,tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu disebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagipada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.
Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya.Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi.Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumah tangga dan akan berumah tangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan denganI slam di hari perkahwinan.Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yangsalah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlisakad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dannyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yangbercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!
Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga diatas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan,orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atasmayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur,bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanahperkuburan.Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan matiadat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yangbetulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.
Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengansebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orangIslam."
Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:
"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yangdiserupainya)."
Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah ataud ibuang atau diubah.
read more...

Friday, October 17, 2008

~CINTA-MU~

Tuhanku,
Aku tertanya- Tanya,kenapa hingga saat ini aku leka?
Sedangkan aku tidak pasti panjang mana umurku..
Aku takut.. andai tidurku malam ini adalah tidur selamanya..
Sampai bila aku harus begini?
Tiada usaha mendamba CINTA-Mu,
Tiada kesungguhan mengharap redha-Mu..

Aku akur, aku milik-Mu,
Aku tahu mati itu pasti,
Tapi kenapa CINTAku pada-Mu belum utuh?
Sedangkan rasa CINTA ini ku serahkan pada sesuatu
Yang belum pasti jadi milikku selamanya,
Yang belum tentu membahagiakan ku,
Membahagiakan ku dan menyayangiku,
Harta, wanita, lelaki, wang, pangkat, kedudukan..
Aduh!!! Jahilnya diri ini..
Aku tahu kau yang sepatutnya disembah,
Tapi aku belum rasa nikmat dan keindahan mencintai-Mu..

Betapa kerasnya hati ini, betapa hinanya diri,
Andai sebelum ajalku ku rasa manisnya bersama-Mu,
Itu sudah cukup bagiku..
Andai matiku dalam keimanan pada-Mu,
Tidak ku rasa sia- sia diciptakan oleh-Mu..
Namun, aku takkan putus asa..
Kan ku kejar rasa CINTA itu,
Biar sukar, tapi syurga-Mu pasti bg hamba-Mu yang mendamba kasih-Mu,
Selagi ku bernyawa..aku akan cuba...

p/s: buat sahabat2 JT-Unipen..
Ketahuilah,
kita sebenarnya lebih cintakan dunia dari mengejar cinta Allah dan hari akhirat.
Sedarlah diri..
kita sebenarnya sedang tunduk pada seruan iblis dan syaitan..
insaflah..
takut2 kita tidak sempat bertaubat pada-Nya..
andai ajal menjemput, saat itu kita sengsara dan menyesal,
ajal tidak menunggu usia tua, mugkin sekejap lagi malaikat maut menjemput..
bersediakah kita????
Tepuk dada, tanya iman...
nukilan ; aisyah_hanin
read more...

Thursday, October 9, 2008

RAYA YANG BEST..




Raya 2008,ana xdapat pulang ke kampung halaman.xde bajet..ni tahun ke-2 ana xbalik beraya.. namun yang demikian, alhamdulillah..ana xberseorangan.Tahun ni ana balik ke rumah keluarga Kak Yani dan Marni (sahabat satu skul n matrik dulu) pun ada..Kami dua la perantau Sabah..





Ana bersyukur, terima kasih d ucapkn pd keluarga Pak Yusof yang sudi menceriakan hari2 sedih kami di pagi raya. sepanjang seminggu ana n Marni stay kt sna,byk pngalaman yg ana peroleh. Yg pnting semuanya best..banyak manfaat n pengajaran yg ana ble kutip dRI keluarga ni.. hehe,apa la yang best tu ek? insya-Allah ana coretkan andai punya kelapangan..
read more...