ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Saturday, October 25, 2008

Dakwah????

Terfikir untuk mencoret sesuatu…ana nak share pasal dakwah atau dalam kata lain nasihat orang..mugkin peristiwa beberapa hari ni buat ana berfikir untuk menceritakan isu dakwah. Berdakwah ni memang penting. Berdakwah untuk sebarkan dan kembangkan Islam. Namun, dalam berdakwah harus kena dengan caranya.. bukannya mendakwah membabi buta jer.. nak berdakwah harus dengan ilmu dulu. Perkara penting, harus tahu method dakwah. Kena tau amacam nak berdakwah. Amcm orang nak terima dakwah kita jika cara tak kena?? Hehe..ni nasihat buat diri ana jugak la..

Selain tu, kita kena tau jugak apa yang kita nak dakwah tu.. takkan kita nak betulkan orang sedangkan diri kita pun xda pegetahuan tntg bnda yg kta nk btulkn tu.. Contoh, kita dakwah kat orang yang merokok ni bahaya..haram..melanggar perintah Allah.. Tapi bila orang tanya, boleh bagitau kenapa rokok tu haram? Boleh terangkan kenapa rokok tu bahaya? Boleh tunjukkan dalil mana yang sebut Allah larang kita merokok? Dusshh!!! Bagi orang yang tau cakap jer tanpa ada ilmu tentang bahaya dan haram rokok pasti lidahnya berat umpama ditindih batu pada masa tu..Dakwah tu biarlah sesuatu yang kita paham..

Tidak kurang jugak dengan orang yang cakap tak serupa bikin.. tidakkah kita takut pada amaran Allah s.w.t tentang hal ini?? Allah berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa- apa yang tiada kamu kerjakan." ( Ash-shaff:2-3)

"Hmm..klu macam tu tak payah kita tegah perkara- perkara mungkar yang kita masih buat. Buat yang kita tak buat jer la.."Aduh,jangan macam ni..bukan kita tak boleh berdakwah untuk perkara yang kita buat. Tapi, bila mana kita tahu suatu perkara tu perlu ditegah dan salah dengan jelas, maka kita harus cepat2 tinggalkan...bukannya tunggu diri sedar secara semulajadi.. Sahabat- sahabat, bukankah Allah juga pernah berfirman,
"Allah takkan merubah sesuatu kaum,sehingga kaum itu sendri mengubahnya".

Kita yang kena bawak diri kita supaya berubah. Selepas tu, kita kena bangun utk sedarkan orang plak. Ini kerana kita tidak boleh bermalas- malas dan tidak boleh menunda- nunda dalam mengerjakan suatu amal dan mencurahkan segenap kemampuan untuk membuktikan perkataannya dengan tindakan nyata!!!
Kesimpulannya, ilmu tu penting. Nak buat sesuatu kena dengan ilmu. Berdakwah kena ada ilmu...Sedarlah wahai sahabat. Jangan kita bertangguh.Allah mengingatkan,
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (ali Imran:104)

Jika benar kita mencintai Allah, pasti kita akan ikut jalannya dan bukan mencari alasan untuk tidak membenarkan perintah Allah.
"Katakanlah,'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa- dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali -Imran:31)

P/s: Ini peringatan buat diri ana jugak la yang kadang lalai dalam sesuatu perkara.. Sahabat- sahabat, teruslah menasihati ana selagi sahabat tidak mengajak kepada kemungkaran..



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Dakwah????"