ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Tuesday, December 30, 2008

Cerita TANAH SUCI~

Alhamdulillah, 20hb disember 2008 akak dan abg ipar selamat sampai ke bumi Malaysia. Menjadi kebiasaan ahli keluarga kami untuk menyambut ahli keluarga yang balik dari menunaikan haji. Maksud ana kat sini, kami akan sambut dengan sangat- sangat meriah..kebiasaannya kami akan pergi ke airport bawa rombongan (mengalahkan rombongan masuk meminang..). Waktu macam ni lah keluarga bekumpul ramai- ramai dan berkongsi kegembiraan bersama.. Jemaah haji dijangka sampai pukul 2 ptg. So, semua berkumpul, makan dan solat zohor terlebih dahulu sebelum berangkat untuk menjemput.


Untuk tahun ni, kami datang dengan 1 bas dan 5 buah kereta (padahal yang nak dijemput 2-3 orang jer..). Suasana airport Tawau meriah sangat. Bila terlihat kelibat jemaah haji kat dalam balai ketibaan jer, rasa macam berada kat konsert (mengalahkan tengok MAWI..). Ramai yang terjerit terpekik. Khususnya anak muda la.. (Hm..harap suatu masa nanti anak muda Tawau boleh berubah, InsyaAllah..). Keadaan ni tak elok la sebenarnya..patutnya kita berzikir dan memuji Allah s.w.t ketika berada dalam keadaan terlalu gembira macam tu..Hm…lepas kira 7-8 pasangan jemaah haji yang keluar, terlihat kelibat akak dan abang.. tanpa disedari, air mata tumpah, bukan sorang tapi semua.. Lagi2 our sibling, parent and anak- anak akak dan abg la.. Rindu giler.. ana bersyukur sangat, tak sangka abang ipar yang dulunya seorang Gangster kini benar- benar berubah.. Sungguh hidayah itu milik Allah s.w.t.. Alhamdulillah.... Lepas salam, peluk cium semua tu.. rombongan pun bergerak pulang ke rumah akak pulak..

Belum pun penat abang dan akak hilang, kena melayan kami yang banyak tanya pulak.. yala.. Walaupun tiap hari’calling’ dan ’SMS’, tapi masih tak puas jugak.. masih banyak yang kami nak dengar dari pengalaman diorang.. Hm, untuk pengajaran kita bersama, biar ana kongsi sedikit sebanyak apa yang diorang ceritakan kat ana.. Semua cerita ni betul sebab semua berlaku depan mata akak dan abang.

CAKAP KENA JAGA
Ada seorang jemaah haji (nama tak tau la sebab kita tak mahu tahu siapa, tapi lebih nak ambil pengajaran). Dia mungkin terlepas cakap kurang baik tentang hajarul aswad.
Tak sangka, esok pagi tu, pipi dia membengkak.. Wallahu’alam..

TAK BOLEH BUNUH BINATANG
Dalam hal ni pulak, Allah s.w.t nak uji kesabaran abang ana abang kot..abang rasa sedikit hairan sebab masa di lain tempat, kita letak benda2 manis semut tak nak datang pun. Tapi bila waktu ihram tu (tak silap masa di Padang Arafah, brtulkan jika tersilap) yakni ketika mana kita tidak boleh membunuh binatang, kalau tidak kita dikenakan Dam (Denda) bayak pulak semut di merata tempat. Kalau tak sabar, buruk lah padahnya...

PERLU BANYAK SABAR
Hm..dalam hal ni pulak, abang ana la selalu kena.. Oleh sebab dari zaman sekolah sampai berapa waktu ketika dulu dia seorang kaki pukul, kat sana pun rasa asyik nak pukul orang jugak. Pantang orang buat dia marah, pasti nak dibelasah. Pantang orang buat hal yang tak betul, direct jer nak marah. Dalam hal ni, bukan abang jer yang alaminya, sebenarnya memang ramai bila waktu menunaikan haji tu, panas baran datang.. Nasib baik ada kakak yang selalu sejukkan hati abang.. Tu lah kadang – kadang isteri perlu temani semua.. Isteri kan penyujuk mata dan hati suami.. mengingatkan bila terlupa dan menenangkan bila marah...

PIKIR NAK SHOPPING
Bila kita sedang menunaikan haji, sepatutnya waktu macam tu kita banyakkan masa dengan beribadah kepada Allah dan mengunjungi tempat- tempat yang bersejarah. Tapi lain pulak kesnya dengan umat Islam sekarang, masa shopping lebih banyak dari waktu untuk beribadah.. apa tujuan sebenar datang ke sana? Tidak salah jika ingin berbelanja, tapi biarlah berpada- pada dan kena pada waktunya.. ”Demi masa, seungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian...”. jangan menyesal di kemudian hari pulak..

NIKMAT
Bila duduk dan berjalan di tempat panas terik pasti kita rasa haus dan cepat letih kan.. Hm, kat sana kita tak rasa pun macam tu.. Sungguh berbahagia orang yang tidak merasakan letih dan penat sepanjang menunaikan ibadah haji tu.. ini la hadiah dari Allah.. Syukur Alhamdulillah..

JAGA PANDANGAN
Kat sana kena jaga pandangan, hm..susah nak cerita, ringkasnya jaga mata dan hati la..

ASYIK NAK NANGIS
Bila tunaikan haji ni, kita asyik nak nangis jer.. semestinya rasa keinsafan akan segera datang kepada kita. Pada waktu ni, kita pasti akan terkenang akan dosa- dosa kita yang telah lalu. Astagfirullah.. akak pulak asyik teringat kat ayah.. Lagi2 bila berada di Padang Arafah. Masa ni kita akan tergambarkan keadaan di Padang Mashyar kelak. Sungguh orang yang berda di tempat sahaja boleh merasakannya..

Setiap kali solat berjemaah pun, jemaah pasti akan menangis sama bila imam membacakan ayat al- Quran sambil menangis. Yala, imam, orang- orang arab dan sesetengah yang lainnya faham disebalik maksud ayat- ayat tu.. tentunya rasa gerun, takut dan sedih pasti menyelubungi hati masing- masing. Walaupun ada di antara mereka yang berjemaah sama tapi tidak memahami maksud ayat- ayat tersebut, mereka turut menitiskan air mata keinsafan.. Sungguh Allah s.w.t memegang hati- hati kita..

Hm..banyak lagi nak kongsi, tapi cukup takat ini, kalau ana teringat, ana cerita lagi... Doa ana moga Allah s.w.t memberikan kurniaan rezeki buat ayah, ibu dan ana sendiri untuk menunaikannya jugak..
Wallahu’ alam..
read more...

Saturday, December 20, 2008

PANGGILAN HAJI~


alhhamdulillah..kakak dan abang selamat sampai ke Malaysia semalam..

tiada kata yang bisa diungkapkan..

insyaAllah.ada kesempatan ana akan berkongsi cerita mengenai pengalaman mereka..

read more...

Thursday, December 4, 2008

REVIEW NISA' 2008

30 NOV 2008,AHAD- Alhamdulillah..ahli Nisa' kawasan Tawau dan PERPPIS Tawau telah berjaya melaksanakan satu lagi program 'Review Nisa' 2008'..Kat sini kami berkesempatan untuk mengutarakan dan melontarkan komen,candangan dan pandangan mengenai aktiviti Nisa' untuk penambahbaikan di masa akan datang..

Kami juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian dari sahabat2 PERPPIS dan NISA'. Persembahan ni agak menarik kerana ianya bukanlah tarian yang biasa..ianya lain dari yang lain..Sopan dan massage sampai la jugak..Kami juga disajikan dengan bacaan Al- Quran dan terjemahannya sekali..

Walaupun program ini agak singkat,namun ianya memberi sejuta erti kerana di sini kami semua dapat berkumpul..al-maklumlah..dah satu semster tidak bejumpa kerna sibuk berjuang menuntut ilmu di tempat belajar masing2..masa2 cuti macam ni la kami semua dapat berkumpul untuk berkongsi idea2 dan pandangan bernas...

Moga ukhuwah sahabat2 NISA' dan PERPPIS akan terus mekar bak jambangan bunga yang mengharum ditaman2 syurga..Moga kita semua dapat menjadi mujahidah yang mengindahkan taman di syurga abadi~
read more...

NIAT DAN CARA MESTI BETUL..

Ni artikel dari sahabat ana..
Dalam sebuah athar[1] sahih riwayat Ad-Darimi, Abu Musa Al-Asy’ari radhiallahu ‘anh memberitahu Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Mendengar yang demikian, Ibn Mas’ud menuju ke tempat halaqah zikir itu lantas menegur mereka dengan katanya:
Maksudnya: “Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam masih ramai, baju Baginda inipun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di Tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”

Mendengar kata-kata Ibn Mas’ud ini, mereka menjawab:
Maksudnya: “Demi Allah wahai Abu ‘Abd Ar-Rahman[2]! Tujuan kami hanya untuk kebaikan”.

Mendengar jawapan mereka itu, Ibn Mas’ud ‘berkata:
Maksudnya: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya).
Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka”[3]. Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu”.

Kemudian ‘Amr Ibn Salamah[4] berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan An-Nahrawan” [5].

Peristiwa yang berlaku pada zaman Sahabat radhiallahu ‘anhum ini mengandungi banyak pengajaran yang harus dihayati oleh umat Islam. Antara pengajaran itu ialah:

Pertama: Bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai dengan menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid’ah yang menyalahi Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum.

Kedua: Kata-kata Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya)”, sebagai jawapan terhadap alasan yang mereka berikan, mengukuhkan lagi dasar penolakan Islam terhadap falsafah ‘tujuan menghalalkan cara’.

Ketiga: Kata-kata ‘Amr Ibn Salamah bahawa beliau melihat semua lelaki yang mengadakan halaqah zikir itu menyertai puak Khawarij untuk memerangi para Sahabat radhiallahu ‘anhum, menunjukkan bahawa sikap mengambil mudah terhadap perkara bid’ah akhirnya mengheret pengamalnya ke arah bid’ah yang lebih bahaya dan lebih besar.

Keempat: Orang yang menegur dan menjelaskan perkara bid’ah tidak sekali-kali akan terpengaruh dengan pemikiran puak Khawarij, sebaliknya orang yang mengamalkan bid’ah itulah sebenarnya yang akan terheret ke dalam pemikiran puak berkenaan.

Kelima: Kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat tidak harus dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan terhadap sesuatu amalan bid’ah, asalkan penjelasan itu disampaikan melalui cara dan saluran yang betul.
Keenam: Kekerdilan sesuatu perkara agama pada pandangan sesetengah pihak tidak harus dijadikan alasan untuk memandang remeh perkara tersebut.

Renungan :
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
Maksudnya: “Sedang aku menunggu orang datang menemuiku di kolamku (di Syurga), tiba-tiba dibawa datang sekumpulan manusia di bawahku sehingga aku tunduk untuk mencapai mereka tetapi mereka berjatuhan di bawahku, lalu aku mengeluh: “Wahai Tuhanku! (mereka adalah) umatku”. Dia (Allah) berfirman: “Kamu tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan (perkara bid’ah) selepasmu”[6].

Foot note:
[1] Riwayat berkenaan amalan para Sahabat radhiallahu ‘anhum.
[2] Abu ‘Abd Ar-Rahman
read more...