ASMA' ALLAH..

Photobucket Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t mempunyai 99 nama, kurang satu seratus.Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil" - Hadith Riwayat Bukhari&Muslim

Saturday, September 20, 2008

PROGRAM BERBUKA BERSAMA ANAK YATIM



Siapa yang tidak mengimpikan keluarga yang bahagia??
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan berjuta nikmat dalam hidup kita samada dalam keadaan sedar atau tidak dan yang terlihat atau yang tersembunyi..



12 sept 2008, sekali lagi ana dan sahabat2 d beri ruang dan peluang untuk beramal dan muhasabah diri.. pada tarikh ni, kami berpeluang untuk beramah mesra, berbuka dan mendekati jiwa2 adik2 di sana...



Terharu di kala bertemu mata dengan adik- adik ini. Terasa hiba di hati, terasa nikmat dirasa kerna dapat bertemu dengan orang- orang yang dimuliakan Allah s.w.t. Andai ana di tempat mereka, apa yang ana fikirkan ya? apa perasaan ana ya? hidup tanpa ibu bapa di sisi bukan suatu perkara yang mudah, kehilangan orang yang tersayang bukan satu perkara yang menggembirakan.. Terkenang Kecintaan kita, Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim..



Dalam program ini, banyak benda jugak yang ana dan sahabat2 buat, selain dari ceramah Ramadhan, kami turut membuat usrah kelompok yakni LDK dengan adik- adik ni. masa ni la kami cuba menyelami kisah- kisah hidup mereka..
Sungguh, betapa bersyukurnya ana dilahirkan dengan kasih sayang ibu bapa, masa ini lah buat ana sedar,

'Tidak semua benda yang kita impikan kita akan dapat
, jadi bersyukur lah dengan apa yang kita peroleh sekarang'


Secara jujur, pernahkah terlintas di hati kita tntg ketidakpuas hatian dengan apa yang ibu bapa kita berikan? pernahkah kita pertikai dengan apa yang mereka berikan? pernahkah kita rasa tidak cukup akan kasih sayang dan cara mereka mendidik kita?ernahkah kita merasa malang kerna dilahirkan oleh keluarga yang tidak kaya? tidak semua..tapi pasti ada bukan? kalau bukan sekarang, dulu2..klu bukan kita, sahabat2 kita..hehe..


Hm..ini yang ana maksudkan..di bandingkan kita yang berkeluarga, siapa yang lebih malang sebenarnya? kita sudah cukup bertuah kerna dikuniakan ibu bapa, dibandingkan dengan anak- anak yatim yang ada diantaranya tidak pernah melihat ibu bapa mereka? alangkah sedihnya jiwa..alangkah pilunya hati mendengar luahan adik-adik ni..
Ringkasnya, hargailah ibu bapa kita selagi kita masih bersama mereka, jangan saat di waktu2 yang kita tidak mau datang itu, baru kita terkapai dan meraung menyesal akan kehilangan mereka. apa perlu kita buat? hm..lengkapkan tugas sebagai anak yang soleh dan solehah. sentiasalah doakan kebaikan mereka, pamerkan rasa kasih kita pada mereka, luahkan rasa cinta kita pada Ibu bapa, ini penting sebagai tanda penghargaan kita dan untuk sentiasa menceriakan hati mereka...
read more...

Tuesday, September 16, 2008

BERBUKA KT IPKB,APA ANA DAPAT?

Alhamdulillah…akhirnya peluang untuk bersilaturrahim dgn shbt2 kt IPKB tercapai jugak..byk jgk shbt2 muslimah yg ana bru knl. Moga pimpinan akhi Aiman dan Ukhti Ida mndpt kerdhaan-Nya..teruskan perjuangan.. terima kasih jugak dengan Ust Bob. Ust yg byk tolong kami semua..

Namun bukan inilah pokok cerita ana, Cuma ana ingin berkongsi sedikit drpd apa yg ana peroleh dlm halaqah ringkas before bukak pose ptg td. Hm..first thing, peringatan biasa tp sgt perlu untuk sntiasa diulang agr kta xlupa..biasala,manusia lalai dan alpa..Ukhti Ida mengingtkn, di bulan posa ni, kita tdk boleh mnjadikn assgmnt yg belambak sbgai pnghalang untuk kita bykkn ibadah kpd Allah. Kita seharusnya merasakan bhwa dengan mmbuka ruang untuk diri beribadah, Allah akn mmpersiapkn kmudahan dalam mnjalani urusan harian. Mungkin jika ada 2 sahabat, yang sorg tu x g terawih sbb rs xsempat nk buat assgmnt dan sorg lg xsiap assgnmnt tp dia g terawih jgk. Which is better? Hm..kita sptutnya merasakan bhwa moga ruang kita g terawih sejam tu akn digantikn dengan kmudahn melaksanakan assgnmt lps tu, malah lebih cepat selesai jika dibandingkan dengan yg sibuk xg terawih .. Allah lah sebaik- baik penolong. Jika kita menolong agama Allah, nescaya Dia akan juga akan menolong kita. Nikmatnya hidup bersama Allah yer…

Oyer, ada satu lagi, pesanan ukhti Ida lg, iman manusia ni turun naik. Jadi, bila rasa iman tengah naik, jangan cuba- cuba menangguh untuk membuat apa yang kita nak buat. Biasala..bila iman naik, mcm2 ibdh sunat kita nak laksanakn. So, gunakan peluang tu! Jangan nnt bila iman turun, masa tu diri makin mls nk beribadah..bla lag ink cari ruang tu balik? Jaga 5 perkara sebelum 5 perkara!!!

Then, kak Dayah pny pengisian, ana tertarik dgn analogi yg Kak Dayah buat. Harap kita pun dpt fakir jgk benda nih…ok,
Siapa antara kita pengguna celcom? Pastinya antum tahu yang bila birthday kita, msti dpt free calling n msg slma seminggu kn? Mesti masa tu kita sgt2 mnggunakan peluang tu untuk mnghubungi org2 trsayang..sebolehnya ingin menggunakn sbaik2 hadiah dari celcom tu kn? Org bg free..siapa xnk kn? Hm,,begitulah jugak dengan Bulan Ramadhan ni. Allah dah bg hadiah buat kita yang mana bulan ini punya byk kelebihan. Senang nk dpt pahala plak tu kn? Cuba kita bndingkn, seharusnya kita pun gunakan pluang ni mcm kita gunakan pluang seminggu dpt contact free tu..tp ni lg bgus. Allah bg sebulan. Kesimpulannya, jangan sia- siakan hadiah yang Allah beri ni..Jangan sampai masuk Aidilfitri baru nk rs sedih sbb xgunakn sebaik- baik peluang beribadah dengan gnjaran yg berlipat ganda. .tp ini tidak bermaksud pahala yang kita cari, tp ini hadiah, Allah nk beri, kita patut terima dengan perasaan gembira. Sambut dengan rasa penuh nikmat.

Aisyah-Hanin
read more...

SEJAUH MANA KITA KENALI AL-QURAN???




Di bulan yang penuh baraqah, terfikir di benak ini, “Adakah aku betul2 kenal dgn Panduan hidupku??”Al-Quran ditatap dan dibaca setiap hari, dihafaz satu persatu, namun sering alpa dan lalai untuk menghayati dan mengamalkan apa yang dibaca dan di hafaz.. Kerna apa ini berlaku?? Kalau bukan kita Umat Muhammad, siapa lagi yang harus mengagungkan dan memartabatkan mukjizat terbesar ini?? Siapa yang akan membawa Islam di mata dunia? siapa yang akan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya? Maukah kita melihat al-Quran dijadikan hanya sebagai bahan bacaan spt komik yang sudah dibaca di sepah entah ke mana..Ayuh, kita bangun bersama, tegakkan kebenaran Al-Quran dan sunnah. Ketahuilah! Setiap kandungan al- quran bukanlah omong- omong kosong. Perintah-Nya, Larangan-Nya, Peringatan dari-Nya, Janji2-Nya, kisah2-Nya semua adalah suatu kebenaran yang tidak boleh diputar- belitkan. Begitulah hakikat orang yang tidak memandang al-Quran dan as-sunnah sbg panduan. Hati mereka dibolak-balikkan dan jauh dari mendapat hidayah dan rahmat Allah. Bertaubatlah kita, moga ampunan kita diterima...moga kita bukan dalam golongan yang dimurkai Allah..Kembalikan jiwa- jiwa yang tulus dengan seiring dengan akhlak Al-Quran..
DEMI AGAMA-MU YA ALLAH, SANGGUP KU SYAHID DI JALAN-MU..
"Redhai kami Ya Allah...
Kami insan lemah,peganglah ubun- ubun kami agar sentiasa bersama-Mu..Ameen..."
read more...

Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN YANG DI NANTI


Ramadhan..disambut dengan penuh kesyukuran..

Betapa rasa berbunga jiwa bila bulan di nantikan setiap tahun,kini kembali menyerikan jiwa- jiwa yang mendambakan syurga Ilahi..

Ada di antara kita yang mempersoalkan kenapa perlunya puasa..

Oleh itu, kita lihat beberapa Fadhilat berpuasa..

Sempurnakan puasa kita..Jangan jadi golongan yang rugi..

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



read more...

RASULULLAH IKUTAN TERBAIK

Hmm..tak lengkap kiranya ana tak cerita kn sedikit ttg peribadi Rasulullah..

RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR

Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya. Kebiasaan Baginda selalu menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya, dan Baginda selalu memuji segala sesuatu yang baik dan membenci segala sesuatu yang buruk. Segala urusannya itu dibuatnya sebaik mungkin. Tidak pernah Baginda lalai atau malas, demi menjaga jangan sampai mereka melalaikan dan meremehkan. Segala sesuatu dipersiapkannya terlebih dahulu, dan tidak pernah akan meremehkan (mengecilkan) kebenaran. Orang yang paling terpandang menurut Rasulullah SAW ialah mereka yang paling baik kelakuannya, orang yang paling mulia ialah mereka yang paling banyak bernasihat (memberikan petunjuk) kepada orang lain, dan orang yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah orang yang selalu ramah-tamah dan yang paling banyak menolong orang lain.".


RASULULLAH SAW APABILA DUDUK

Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW. Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu. Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya. Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya). Dan apabila ada yang meminta pada Baginda sesuatu hajat maka Baginda selalu memenuhi permintaan orang itu, atau apabila tidak dapat memenuhinya Baginda selalu berkata kepada orang itu dengan perkataan yang baik. Semua orang selalu puas dengan budi pekerti Baginda sehingga mereka selalu dianggap sebagai anak Baginda dalam kebenaran dengan tidak ada perbezaan sekikit pun di antara mereka dalam pandangan Baginda. Kemudian majlis Baginda itu adalah tempatnya orang yang ramah-tamah, malu, orang sabar dan menjaga amanah, tidak pernah di majlisnya itu ada yang mengeraskan suaranya, di majlisnya itu tidak akan ada yang mencela seseorang jelek dan tidak akan ada yang menyiarkan kejahatan orang lain. Di majlisnya itu mereka selalu sama rata, yang dilebihkan hanya ketakwaan saja, mereka saling berlaku rendah diri (bertawadhu') sesama mereka, yang tua selalu dihormati dan yang muda selalu disayangi, sedangkan orang yang punya hajat lebih diutamakan (didahulukan) dan orang-orang asing (ghorib) selalu dimuliakan dan dijaga perasaannya."


RASULULLAH SAW DI TENGAH PARA SAHABAT

Kata Hassan, "Maka aku tanyakan tentang keadaannya apabila Baginda sedang berada di tengah-tengah para sahabatnya. Jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa periang (gembira), budi pekertinya baik, sentiasa ramah-tamah, tidak kasar mahupun bengis terhadap seesorang, tidak suka berteriak-teriak, tidak suka perbuatan yang keji, tidak suka mencaci, dan tidak suka bergurau (olok-olokan), selalu melupakan apa yang tidak disukainya, dan tidak pernah menolak permintaan seseorang yang meminta. Baginda meninggalkan tiga macam perbuatan : Baginda tidak mahu mencela seseorang atau menjelekkannya, dan tidak pernah mencari-cari kesalahan seseorang, dan tidak akan berbicara kecuali yang baik saja (yang berfaedah). Namun apabila Baginda sedang berbicara maka pembicaraannya itu akan membuat orang yang ada di sisinya menjadi tunduk, seolah-olah di atas kepala mereka itu ada burung yang hinggap. Apabila Baginda sedang berbicara maka yang lain diam mendengarkan, namun apabila diam maka yang lain berbicara, tidak ada yang berani di majlisnya untuk merosakkan (memutuskan) pembicaraan Baginda. Baginda sentiasa ikut tersenyum apabila sahabatnya tersenyum (tertawa), dan ikut juga takjub (hairan) apabila mereka itu merasa takjub pada sesuatu, dan Baginda sentiasa bersabar apabila menghadapi seorang baru (asing) yang atau dalam permintaannya sebagaimana sering terjadi. Baginda bersabda, "Apabila kamu melihat ada orang yang berhajat maka tolonglah orang itu, dan Baginda tidak mahu menerima pujian orang lain kecuali dengan sepantasnya, dan Baginda tidak pernah memotong pembicaraan orang lain sampai orang itu sendiri yang berhenti dan berdiri meninggalkannya."
read more...